Anda di sini

Dua gelanggang sabung ayam diserbu dan empat ditangkap di Simunjan

Advertisement
Pasukan operasi menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Pasukan operasi menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

SIMUNJAN: Empat lelaki warga tempatan diberkas kerana terlibat kegiatan sabung ayam di Kampung Jeragam, Sebuyau dekat sini pada 2 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Nixon Joshua Ali berkata bertindak atas maklumat, anggotanya telah melalukan serbuan di tanah lapang di kampung tersebut sekitar jam 4.30 petang.

Menurutnya, hasil serbuan berjaya menangkap keempat-empat suspek yang berusia lingkungan 50 hingga 76 tahun.

"Pasukan operasi turut merampas enam ekor ayam hidup, seekor ayam yang sudah mati serta alat penimbang yang dipercayai digunakan dalam kegiatan sabung ayam tersebut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Penganiayaan Binatang 1963.

Selain itu, kesemua suspek juga dikompaun kerana melanggar SOP PKP serta tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

Dalam perkembangan berkaitan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan turut menyerbu satu lagi kawasan di Kampung Tuba, Sebuyau yang dijadikan gelanggang sabung ayam pada 6 Jun.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana dipercayai suspek berjaya melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran polis iaitu sekitar jam 2.15 petang.

"Pasukan operasi bertindak memusnahkan gelanggang sambung ayam tersebut," katanya.

Nixon selain itu menasihati orang ramai agar tidak menjalankan aktiviti sabung ayam terutamanya ketika PKP sedang berkuatkuasa.

"Sekiranya didapati masih ada yang berdegil, maka tindakan tegas akan diambil," katanya.

  • oleh
  • Advertisement