Anda di sini

PM menghadap Agong di Istana Negara

Advertisement
Kenderaan rasmi membawa masuk Perdana Menteri di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. - Gambar Bernama
Kenderaan rasmi membawa masuk Perdana Menteri di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Kenderaan rasmi Muhyiddin dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 7.50 pagi.

Secara kebiasaannya, Muhyiddin selaku Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung pada Rabu, bagi menyembah maklum perkembangan pentadbiran negara.

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara, termasuk Muhyiddin selaku Presiden Bersatu, secara berasingan bermula hari ini.

Pada 8.56 pagi, kenderaan rasmi Muhyiddin dilihat beredar meninggalkan Istana Negara, selepas selesai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong. - Bernama

Advertisement