Anda di sini

Lelaki mengaku ambil dadah berulang kali

Advertisement
 

KUCHING: Seorang lelaki bekerja sendiri mengaku bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan mengambil dadah berulang kali.

Pengakuan itu dibuat oleh Mohamad Morrni Semon, 39, sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Jason Juga.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan kes disebut semula pada 5 Julai depan bagi menjatuhkan hukum, selain memberikan laluan kepada pihak pendakwaan untuk mengemukakan barang kes.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh ditahan lanjut sementara menunggu tarikh tersebut. 

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati mengambil dadah jenis amphethamine dan methamphetamine pada 28 Disember 2020, jam 1.15 tengah hari di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan. 

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dihukum di bawah Seksyen 39C (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun hingga tujuh tahun serta tidak melebihi tiga sebat. 

Pihak pendakwaan dalam pada itu juga memaklumkan mahkamah yang tertuduh mempunyai dua sabitan lampau membabitkan kes penyalahgunaan dadah pada tahun 2020, juga di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. 

Tertuduh tidak diwakili peguam. 
 

  • oleh
  • Advertisement