Anda di sini

Dua kepala manusia ditinggalkan di pusat pengundian di Mexico

Advertisement
 Seorang wanita membuang undi di pusat mengundi pada pilihan raya di Tijuana, Mexico, kelmarin. — Gambar AFP
TUNAI KEWAJIPAN: Seorang wanita membuang undi di pusat mengundi pada pilihan raya di Tijuana, Mexico, kelmarin. — Gambar AFP

TIJUANA: Dua bahagian kepala dan beberapa bahagian badan manusia yang lain telah ditinggalkan di beberapa buah pusat pengundian di bandar sempadan Tijuana di Mexico ketika pilihan raya pada Ahad lepas, lapor pihak berkuasa.

Sejam selepas pengundian dilakukan, seorang lelaki melontar satu bahagian kepala di sebuah pusat pengundian, mengganggu proses pengundian ketika pihak polis telah dihubungi, kata pendakwa raya di wilayah Baja California.

Beberapa jam kemudian, di sebuah pusat pengundian lain di kawasan yang sama, seorang lelaki meninggalkan satu lagi kepala dan anggota badan manusia yang dipotong di dalam sebuah kotak kayu diletakkan bersebelahan dengan kotak undi.

Lebih banyak bahagian badan manusia telah ditemui dalam beberapa buah beg berhampiran sebuah pusat pengundian ketiga, menurut Pejabat Pendakwa Raya Baja, California.

Pilihan raya telah dicemari dengan satu gelombang keganasan politik yang telah melihat lebih daripada 90 orang ahli politik dibunuh sejak proses pilihan raya bermula pada September.

Ia bukannya kali pertama di mana Tijuana telah menyaksikan penemuan mayat manusia yang mengerikan, yang sebelum ini termasuk mayat-mayat yang dicacatkan digantung dari jambatan.

Di sekitar Mexico, lebih 300,000 orang telah terkorban dalam satu gelombang pertumpahan darah sejak kerajaan mengerahkan pihak tentera menentang kartel dadah pada 2006. — AFP

Advertisement