Anda di sini

Senarai 24 filem bertanding untuk Palme d’Or Cannes

Advertisement
 

FESTIVAL Filem Cannes akan kembali pada Julai dengan banyak calon pilihan menyertai Palme d’Or selepas pandemik COVID-19 menangguhkan festival filem edisi 2020.

Sebanyak 24 filem bertanding sepanjang festival yang akan berlangsung dari 5 sehingga 17 Julai untuk anugerah berprestij dengan barisan juri diketuai pengarah AS Spike Lee.

1. ‘Annette’ oleh Leos Carax, Perancis

Adam Driver dan Marion Cotillard membintangi sebagai pasangan selebriti yang kehidupan mereka berubah tunggang-terbalik selepas kelahiran anak pertama mereka.

2. ‘The French Dispatch’ oleh Wes Anderson, AS

Peminat filem tidak jemu dengan Wes Anderson dan filem terbaharu beliau dirakam dalam nostalgia abad ke-20, kekacauan keluarga, dan Bill Murray.

Bintang besar lain turut tampil dalam filem Anderson iaitu Timothee Chalamet dan Benicio Del Toro, dan pasangan ini berkemungkinan mendapat pujian kritik di Cannes.

 

3. ‘Benedetta’ oleh Paul Verhoeven, Belanda

Daripada ‘Robocop’ ke ‘Basic Instinct’ ke ‘Starship Troopers’, pengarah Belanda Paul Verhoeven sering kali menghasilkan filem menjolok mata dan genius sinematik. Filem terkini beliau mengisahkan kisah cinta terlarang di abad ke-17, dibintangi oleh Virginie Efira dan Charlotte Rampling.

4. ‘A Hero’ oleh Asghar Farhadi, Iran

Filem yang dirakam di Iran oleh pengarah Iran Asghar Farhadi yang terkenal dengan filem ‘The Salesman’, yang telah memenangi lakon layar terbaik Cannes pada 2012, dan ‘A Separation’. Kedua-dua filem itu juga telah memenangi anugerah Oscar.

5. ‘Tout s’est Bien Passe’ (Semuanya Berjalan Lancar) oleh Francois Ozon, Perancis

Menampilkan bintang Perancis Sophie Marceau and Charlotte Rampling, filem oleh Francois Ozon mengisahkan seorang wanita yang ayahnya meminta bantuan untuk menolongnya mati.

6. ‘Tre Piani’ (Tiga Tingkat) oleh Nanni Moretti, Itali

20 tahun selepas memenangi Palme d’Or dengan ‘The Son’s Room’, Moretti kembali dengan adaptasi novel pertama, mengisahkan tiga buah keluarga yang tinggal di tiga tingkat berlainan, dalam tiga babak.

7. ‘Titane’ oleh Julia Ducournau, Perancis

Dibintangi pelakon veteran Perancis Vincent Lindon, ‘Titane’, merupakan filem kedua selepas ‘Grave’ oleh pakar filem seram Ducournau, yang beliau tulis hanya dalam enam minggu ketika perintah berkurung COVID-19 Perancis.

8. ‘Red Rocket’ oleh Sean Baker, AS

Drama komedi oleh Baker menampilkan Simon Rex sebagai bintang filem lucah, yang kembali ke kampung halamannya di Texas, namun tidak disambut baik.

9. ‘Petrov’s Flu’ oleh Kirill Serebrennikov, Rusia 

Kisah penuh dengan unsur alkohol oleh seorang pereka kartun dan rakannya semasa pasca-Soviet Rusia mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak mereka dengan yang kini.

10. ‘Par un Demi Clair Matin’ oleh Bruno Dumont, Perancis

Diadaptasi daripada seorang penulis Perancis Charles Peguy, filem ini mengisahkan kejatuhan daripada kemasyhuran seorang bintang wartawan TV yang mengalami krisis hidup berlatarkan Perancis kontemporari.

11. ‘Nitram’ oleh Justin Kurzel, Australia

Selepas adaptasi tahun 2015 ‘Macbeth’ serta permainan video ‘Assassin’s Creed’ pada 2016, pengarah Australia itu kini menceritakan kisah penembakan beramai-ramai di Tasmania, dengan 35 mangsa terkorban yang mencetuskan undang-undang kawalan senjata Australia.

12. ‘Memoria’ oleh Apichatpong Weerasethakul, Thailand 

Tilda Swinton membintangi filem pertama pengarah Thai sejak ‘Cemetery of Splendour’, dan 11 tahun selepas beliau memenangi Palme d’Or dengan ‘Uncle Boonmee Who Can Recall His Past Lives’. Dirakam di Colombia, ‘Memoria’ mengisahkan hubungan watak Swinton dengan seorang ahli arkeologi dan pemuzik, dan mereka cuba untuk memahami bunyi pelik yang tiba-tiba didengari pada malam.

13. ‘Lingui’ oleh Mahamat-Saleh Haroun, Chad

Dirakam di pinggir N’Djamena, ‘Lingui’ mengisahkan seorang remaja yang mengandung secara tidak sengaja meletakkan dia dalam konflik dengan tradisi dan undang-undang negaranya.

14. ‘Les Olympiades’ oleh Jacques Audiard, Perancis

Sebuah filem oleh pemenang Palme d’Or, berdasarkan tiga buah novel oleh penulis AS, berlatarkan kejiranan campur di Perancis tentang tiga orang gadis muda dan seorang jejaka muda yang kadang-kala berkawan, kadang-kala bercinta.

15. ‘Les Intranquilles’ oleh Joachim Lafosse, Belgium

Dibintang Leila Bekhti dan Damien Bonnard, filem ini mengisahkan pasangan yang tertekan dengan karektor Bonnard yang mengalami penyakit bipolar, yang mencuba yang terbaik untuk melindungi anak mereka.

16. ‘La Fracture’ oleh Catherine Corsini, Perancis

Dua dekad selepas filem ‘Replay’ beliau menyertai Cannes, Corsini kembali dengan sebuah drama pasangan yang terkandas di hospital ketika Paris menyaksikan demonstrasi ganas yang mendapat inspirasi daripada gerakan ‘Yellow Vest’.

17. ‘The Worst Person in the World’ oleh Joachim Trier, Norway

Sebuah filem percintaan yang rumit, filem ketiga daripada trilogi, mengisahkan Julie yang mencecah usia 30 tahun menyedari bahawa perspektif baru dalam kehidupan adalah tidak seperti yang disangka.

18. ‘Compartment No 6’ oleh Juho Kuosmanen, Finland

Dua orang saling tidak mengenali, wanita Finland dengan seorang Rusia yang murung, berkongsi gerabak kereta api dalam perjalanan ke Artik dan filem ini berlatarkan tahun 1980an Kesatuan Soviet.

19. ‘Casablanca Beats’ oleh Nabil Ayouch, Perancis-Maghribi

Filem baharu Ayouch mengisahkan anak muda yang mencari hiburan melalui hip hop dalam kejiranan yang pada 2003 pernah menjadi sasaran serangan berani mati Al Qaeda.

 

20. ‘Ahed’s Knee’ oleh Nadav Lapid, Israel

Selepas mendapat pengiktirafan di Locarno, Cannes dan Berlin untuk tiga filem pertamanya, Lapid menerokai dua pertarungan oleh seorang pengarah Israel, menentang kematian untuk kebebasan dan menentang kematian ibunya, yang kedua-duanya nampak seperti menemui kegagalan.

21. ‘Drive My Car’ oleh Ryusuke Hamaguchi, Jepun

Seorang pelakon duda tua mencari pemandu dan akhirnya mengupah seorang wanita berusia 20 tahun. Mereka bertelingkah pada mulanya, namun hubungan istimewa mula berputik.

22. ‘Bergman Island’ oleh Mia Hansen-Love, Perancis

Pasangan pereka filem AS meluangkan musim panas di Faro, pulau yang menjadi inspirasi kepada Ingmar Bergman. Realiti dan fiksyen mula mengaburi apabila minggu-minggu berlalu.

23. ‘The Story of My Wife’ oleh Ildiko Enyedi, Hungary

Menampilkan Lea Seydoux, filem ini bermula dengan kapten laut yang harus berkahwin dengan wanita pertama yang muncul. Filem ini ialah berdasarkan novel Milan Fust.

24. ‘Flag Day’ oleh Sean Penn, AS

Pelakon bintang Penn lagi sekali mengambil alih di belakang dan di hadapan kamera, filem ini juga menampilkan anak perempuannya Dylan Penn bersama Josh Brolin, mengisahkan seorang bapa penipu, sesuatu yang sudah diketahui anaknya, dan cuba untuk sependapat dengan ayahnya. - AFP

Advertisement