Anda di sini

PM Kanada gesa gereja kemuka rekod sekolah berasrama

Advertisement
 Gambar fail pada 1 Jun 2021, kelihatan Trudeau mengunjungi memorial sementara susulan penemuan rangka tulang 215 kanak-kanak di dalam kubur tidak bertanda di Kamloops Indian Residential School di  British Columbia. — Gambar AFP
TRAGEDI MEMILUKAN: Gambar fail pada 1 Jun 2021, kelihatan Trudeau mengunjungi memorial sementara susulan penemuan rangka tulang 215 kanak-kanak di dalam kubur tidak bertanda di Kamloops Indian Residential School di British Columbia. — Gambar AFP

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau kelmarin menggesa Gereja Katolik agar 'bertanggungjawab' dan mengemukakan rekod terhadap sekolah berasrama peribumi di bawah arahannya, selepas penemuan rangka tulang 215 orang kanak-kanak di dalam kubur yang tidak bertanda.

Beliau turut memberikan amaran bahawa kerajaannya telah bersedia untuk mengambil 'langkah-langkah yang paling tegas' kemungkinan termasuk tindakan perundangan, bagi mendapatkan dokumen yang dituntut oleh keluarga mangsa sekiranya gereja tersebut gagal untuk mematuhinya.

Kanada telah berada dalam kucar-kacir akibat penemuan  rangka tulang di Kamloops Indian Residential School di  British Columbia terutama ketika hanya terdapat 50 kematian secara rasmi dalam rekod di sana.

Sekolah itu merupakan salah satu dari banyak sekolah berasrama yang ditubuhkan kira-kira satu abad yang lepas bagi mengasimilasi secara paksaan penduduk peribumi di negara ini.

“Sebagai seorang penganut Katolik, saya berasa sangat kecewa dengan kedudukan yang diambil oleh Gereja Katolik sekarang dan sepanjang beberapa tahun lepas,” Trudeau memberitahu satu sidang media.

Beliau menyebut semula tentang satu lawatan pada Mei 2017 ke Vatican ketika beliau mendapatkan satu permohonan maaf secara rasmi daripada Pope Francis bagi penderaan terhadap kanak-kanak, termasuk akses untuk rekod gereja bagi membantu mencari lebih dari 4,100 pelajar dipercayai telah meninggal dunia akibat penyakit atau kekurangan nutrisi.

“Kami telah melihat tentangan daripada pihak gereja,” menurut Trudeau.

Ketika ditanya sekiranya kerajaan mungkin memaksa penutupan, perdana menteri menjawab: “Saya fikir, sekiranya ia adalah perlu, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas.

Namun beliau menambah: “Sebelum kami mula membawa Gereja Katolik ke mahkamah, saya  sangat berharap bahawa pemimpin agama akan faham bahawa ini adalah sesuatu yang mereka perlu melibatkan diri.”

Trudeau menggesa pihak Katolik Kanada untuk  “memaklumkan para pariah, uskup dan kardinal tempatan mereka, serta menyatakan dengan jelas bahawa kami menjangka pihak Gereja agar bertindak dan bertanggungjawab bagi peranannya dallam perkara ini serta berada di sana bagi membantu dalam kesedihan dan pemulihan, termasuk dengan rekod.”

 “Ia adalah sesuaru yang mana beberapa buah gereja lain…. telah lakukan. Ia adalah sesuatu yang kami sedang tunggu agar Gereja Katolik akan lakukan,” kata beliau.

“Kami perlu mendapatkan kebenaran sebelum kita boleh berbincang mengenai keadilan, pemulihan dan penyatuan semula.”

Sekolah Kamloops di British Columbia,  di mana beberapa kubur yang tiada bertanda telah ditemui pada minggu lepas dengan menggunakan radar yang menembusi tanah, telah diuruskan oleh Gereja Katolik bagi pihak kerajaan dari 1890 hingga 1969.

Kira-kira 150,000 belia Indian, Inuit dan Metis secara keseluruhannya telah mendaftar di  139 dari sekolah berasrama ini, di mana para pelajarnya telah didera secara fizikal dan seksual oleh pengetua dan guru-guru yang merampas dari mereka, budaya dan bahasa mereka.

Pengalaman mereka telah dipersalahkan sekarang bagi kadar kemiskinan yang tinggi, pengaruh alkohol dan keganasan domestik, termasuk kadar bunuh diri yang tinggi, dalam komuniti peribumi.

Di Kamloops, ketua Tkemlups te Secwepemc, Rosanne Casimir, yang telah menyenaraikan  bantuan koroner British Columbia  bagi membantu mengenal pasti rangka tulang pe3lajar dan punca kematian, memberitahu wartawan puak tersebut tidak pernah menerima sebarang rekod dari Oblates of Mary Immaculate yang menguruskan sekolah.

“Kami inginkan satu permohonan maaf” daripada pihak Gereja, menurut beliau, ”satu permohonan maaf umum, bukan sahaja untuk kami, namun untuk dunia… menganggap pihak Gereka bertanggungjawab.” — AFP

Advertisement