Anda di sini

China kecam 'pertunjukan politik yang canggung' di Hong Kong

Advertisement
 Penduduk menyalakan lampu telefon bimbit dan menyalakan lilin di sekitar bandar di Hong Kong sebagai menandakan tarikh tersebut. — Gambar AFP
ACARA PERINGATAN AWAM: Penduduk menyalakan lampu telefon bimbit dan menyalakan lilin di sekitar bandar di Hong Kong sebagai menandakan tarikh tersebut. — Gambar AFP

HONG KONG: Semalam China menghamun konsulat AS dan EU di Hong Kong kerana meyalakan lilin bagi memperingati serangan Tiananmen pada 4 Jun, mengecam ia sebagai satu 'pertunjukan politik yang canggung' bagi menggoyahkan kestabilan bandar tersebut.

Lilin telah dilihat dinyalakan pada tingkap bangunan konsulat AS, yang terletak bersebelahan dengan kediaman pemimpin  Hong Kong yang dilantik oleh Beijing Carrie Lam, dan pejabat Kesatuan Eropah pada malam Jumaat.

Pihak misi tersebut turut menghantar gambar menunjukkan nyalaan lilin mereka bagi peringatan Tiananmen di dalam media sosial.

“Sebarang cubaan untuk mengeksploitasikan Hong Kong bagi melakukan infiltrasi atau aktiviti mensabotaj terhadap tanah besar  telah melangkaui batas… adalah benar-benar tidak dapat diterima,” seorang jurucakap bagi pejabat Hong Kong bagi kementerian luar negara China berkata.

“Kami  sekali lagi menggesa badan utama bagi negara yang berkaitan di Hong Kong agar segera berhenti campur tangan dengan urusan Hong Kong dan urusan dalaman China secara amnya, serta mengelak bermain dengan api.”

 Selama tiga dekad di Hong Kong, kumpulan besar orang ramai, sering kali dalam jumlah berpuluh ribu orang, telah mengadakan  acara peringatan dengan nyalaan lilin pada 4 Jun bagi mereka yang terkorban pada 1989 ketika beberapa buah kereta kebal dan pasukan tentera menyerang protes prodemokrasi di Beijing.

Orang ramai telah bertambah  sejak beberapa tahun lepas ketika penduduk Hong Kong berasa jengkel  di bawah pentadiran Beijing yang semakin menindas.

Bagaimanapun upacara peringatan pada tahun ini telah diharamkan pada satu masa ketika pihak berkuasa Hong Kong telah melakukan satu tindakan menyeluruh terhadap penentang selepas  bantahan demokrasi yang besar dan sering kali ganas pada dua tahun lepas.

Kerlipan bagi bantahan masih kelihatan di sekitar bandar pada malam Jumaat ketika para penduduk secara spontan menyalakan lampu telefon bimbit mereka atau menyalakan lilin  di beberapa daerah di sekitar bandar bagi menandakan tarikh tersebut.

Terdapat panggilan atas talian bagi penduduk agar memadamkan lampu di rumah dan meletakkan lilin di tingkap mereka sebagai peringatan.

Acara peringatan awam bagi 4 Jun adalah dilarang di tanah besar China  dan, sehingga baru-baru ini, Hong Kong yang separuh autonomi merupakan satu tempat di China di mana peringatan berskala besar masih boleh diterima. — AFP

Advertisement