Anda di sini

Letupan bom sasar bas mini di Kabul, lapan terbunuh

Advertisement
 Anggota keselamatan dilihat berdiri berhampiran kenderaan yang musnah dalam letupan bom di Kabul, Afghanistan kelmarin. — Gambar AFP
MUSNAH: Anggota keselamatan dilihat berdiri berhampiran kenderaan yang musnah dalam letupan bom di Kabul, Afghanistan kelmarin. — Gambar AFP

KABUL: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan sembilan lagi tercedera kelmarin dalam dua kejadian le-tupan bom yang menyasarkan bas mini di Kabul, menurut pihak polis, dalam serangan terkini yang menimpa peng-angkutan awam di ibu kota Afghanistan. Dua bas turut diserang awal minggu ini, meningkatkan ketakutan bahawa pergolakan akan berlaku lagi ketika Washington memanggil pulang angkatan tentera mereka dalam bulan-bulan yang akan datang.

Jurucakap polis Ferdaws Faramarz berkata letupan pertama berlaku di sebuah jalan berdekatan kawasan kejiranan yang padat dengan komuniti Syiah Hazara, yang sudah selalu menjadi sasaran serangan militan.

Empat mangsa terbunuh manakala empat lagi terce-dera dalam serangan awal.

Beberapa jam seterusnya, bas kedua turut diserang hanya beberapa kilometer dari lokasi kejadian pertama, kata Faramarz, juga terletak di kawasan kejiranan Hazara.

Tiada kumpulan atau individu yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Awal minggu ini, kumpulan Daesh (IS) sekutu Afghanistan mengaku bertanggungjawab atas serangan bertubi-tubi terhadap dua bas di Kabul yang membunuh seramai 10 orang.

Keganasan telah me-ningkat sejak kebelaka-ngan ini dengan pasukan tentera kerajaan dan puak Taliban bertempur hampir saban hari di kawasan luar bandar, dan para militan meletakkan fokus untuk menyerang titik kawalan serta pangkalan tentera sekitar Kabul.

Keganasan semakin menjadi-jadi apabila pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) kini sedang mengundurkan seramai 2,500 askar mereka yang masih berada di Afghanistan.

Presiden Joe Biden telah mengarahkan angkatan tentera untuk menarik diri sepenuhnya menjelang ulang tahun ke-20 serangan 11 September.

Namun dalam pada tentera AS beransur pulang, pakar bimbang Afghanistan akan terus menjadi tuan rumah kepada puak-puak pelampau.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluar-kan amaran kelmarin bahawa kumpulan IS masih “memberi ancaman kepada negara tersebut dan kawasan lain”,  menyatakan bahawa kumpulan itu mempunyai sekitar 2,000 pejuang yang berpangkalan di Afghanistan. — AFP

Advertisement