Anda di sini

Penjaja, peniaga kecil baharu tidak berlesen boleh mohon BKSS selewatnya 30 Jun ini 

Advertisement
 

KUCHING: Penjaja dan peniaga kecil baharu yang tidak berlesen boleh membuat permohonan bagi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 mulai 1 hingga 30 Jun ini.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak berkata penerima BKSS sebelum ini tidak perlu memohon permit tetapi perlu mengemaskini status akaun SarawakPay mereka. 

Manakala bagi penjaja dan peniaga kecil berlesen, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mendapatkan maklumat mereka terus dari sistem pelesenan sedia ada. 

“Permohonan boleh dibuat menerusi platform dalam talian https://community-service.sarawak.gov.my) atau permohonan manual di PBT masing-masing. 

“Bayaran bagi BKSS akan disalurkan menerusi SarawakPay dengan fasa pertama RM750 akan dibayar pada Julai ini manakala baki RM750 akan dibayar di bawah fasa kedua pada bulan Disember tahun ini,” katanya kenyataan daripada Kementerian itu, hari ini.

Dalam pada itu antara kriteria untuk layak bagi BKSS ini, penjaga dan peniaga kecil tidak berlesen mestilah di kalangan rakyat Sarawak yang tinggal dan berniaga di negeri ini berumur 18 tahun dan ke atas. 

Pemohon bagi kategori ini katanya hendaklah menjalankan perniagaan secara fizikal seperti mengusahakan gerai makanan, kiosk, gerai tepi jalan dan sebagainya dan bukannya secara dalam talian. 

Peniaga katanya juga perlu mendaftar dengan PBT bagi mendapatkan permit yang dikeluarkan PBT dengan tempoh permit adalah dari Jun hingga November 2021. 

Kementerian turut mengingatkan semua maklumat yang diberikan oleh pemohon hendaklah sahih dan permohonan tidak akan dipertimbangkan jika terdapat sebarang penipuan. 

  • oleh
  • Advertisement