Anda di sini

Pemimpin pembangkang Israel sepakat membentuk kerajaan gabungan baharu

Advertisement
 Gambar gabungan menunjukkan (atas, dari kiri ) pemimpin pembangkang Israel Yair Lapid, bekas menteri pertahanan Naftai Bennett, bekas menteri dalam negeri Gidon Saar, bekas menteri pertahanan Avigdor Lieberman, (bawah, dari kiri) ahli politik Nitzan Horowitz, pemangku perdana menteri Benny Gantz, ketua parti Islam Ra’am Mansour Abbas dan ketua Parti Buruh (HaAvoda) Merav Michaeli. Lapid dan sekutunya kelmarin mengumumkan mencapai kesepakatan untuk membentuk kerajaan gabungan yang akan mengakhiri pe
SEPAKAT: Gambar gabungan menunjukkan (atas, dari kiri ) pemimpin pembangkang Israel Yair Lapid, bekas menteri pertahanan Naftai Bennett, bekas menteri dalam negeri Gidon Saar, bekas menteri pertahanan Avigdor Lieberman, (bawah, dari kiri) ahli politik Nitzan Horowitz, pemangku perdana menteri Benny Gantz, ketua parti Islam Ra’am Mansour Abbas dan ketua Parti Buruh (HaAvoda) Merav Michaeli. Lapid dan sekutunya kelmarin mengumumkan mencapai kesepakatan untuk membentuk kerajaan gabungan yang akan mengakhiri pe

BAITULMUQADDIS: Pemimpin pembangkang Israel kelmarin mengumumkan telah mencapai kesepakatan untuk membentuk kerajaan gabu-ngan yang akan mengakhiri pemerintahan 12 tahun Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, lapor Xinhua.

Kenyataan Yair Lapid dan rakan sekutu utamanya, Naftali Bennett itu dibuat kira-kira 30 minit sebelum tarikh akhir untuk pembentukan kerajaan baharu selepas pilihan raya 23 Mac.

Satu kenyataan rasmi di-keluarkan pejabat Presiden Reuven Rivlin menyatakan Lapid memaklumkan presiden “beliau telah dapat membentuk kerajaan”.

Di bawah kesepakatan itu, pemimpin parti Yesh Atid, dan Naftali Bennett, yang menerajui parti Yamina, jawatan perdana menteri akan disandang secara bergilir, dengan di-dahului Bennett.

Gabungan baharu itu juga termasuk parti Ra’am, sebuah parti Islam dipimpin Mansour Abbas, menandakan kali pertama parti Arab menjadi sebahagian daripada gabu-ngan di Israel.

Turut termasuk dalam gabungan itu parti-parti kecil antaranya parti Biru dan Putih, diketuai Menteri Pertahanan Benny Gantz yang pernah bekerjasama dengan Netanyahu untuk membentuk kerajaan, parti sayap kanan Israel Our Home and New Hope, parti Buruh dan parti Meretz.

Presiden mengucapkan tahniah kepada Lapid dan pemimpin parti lain atas kejayaan itu dan berharap Knesset (parlimen) “akan bersidang secepat mungkin untuk meluluskan pembentukan kerajaan, sebagaimana yang diperlukan.”

Akhbar Ha’aretz Israel melaporkan Knesset dijangka bersidang bagi mendapatkan undi percaya untuk kerajaan baharu pada Rabu depan.

Lapid menulis di Twitter, menyatakan kerajaan baharu “akan melayani semua warga Israel, sama ada yang telah mengundi mereka atau tidak. Ia akan menghormati pesaingnya dan melakukan yang terbaik untuk menyatukan semua masyarakat Israel.”

Langkah itu dibuat selepas beberapa siri pilihan raya yang gagal memecahkan kebuntuan politik.

Kesepakatan itu sekali gus mengakhiri pemerin-tahan Netanyahu, perdana menteri paling lama berkhidmat di Israel, yang sedang menghadapi perbi-caraan atas tuduhan jenayah rasuah dalam tiga kes ber-asingan. — Bernama

Advertisement