Anda di sini

Ganjaran sehingga RM400 sempena Jualan Pertengahan Tahun HONOR

Advertisement
Jualan Pertengahan Tahun HONOR menawarkan ganjaran bernilai sehingga RM400
Jualan Pertengahan Tahun HONOR menawarkan ganjaran bernilai sehingga RM400

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2021 - Berita baik bagi pengguna yang mencari komputer riba berprestasi tinggi dan peranti boleh pakai premium pada harga diskaun. HONOR Malaysia akan menganjurkan Jualan Pertengahan Tahun HONOR untuk beberapa produknya bermula 6 Jun hingga 30 Jun ini.

Ganjaran bernilai sehingga RM400 akan diberikan untuk pembelian komputer riba, jam tangan pintar dan gelang pintar menerusi wakil penjual HONOR terpilih di seluruh negara. 

Maklumat Jualan Pertengahan Tahun HONOR

Produk

Harga Runcit

Selepas Diskaun

Rebat/ Baucer

Hadiah Percuma

HONOR MagicBook 15

RM3,699

RM3,699

RM100

(Baucer untuk pembelian seterusnya)

Tetikus wayarles Bluetooth, beg galas dan kotak hadiah

HONOR MagicBook Pro

RM3,399

RM3,319

RM80

(Rebat segera)

Tetikus wayarles Bluetooth dan beg galas

HONOR MagicWatch 2 46mm Charcoal Black

RM649

RM569

RM80

(Rebat segera)

Botol air

HONOR MagicWatch 2 46mm Flax Brown

RM699

RM619

RM80

(Rebat segera)

Botol air

HONOR MagicWatch 2 42mm Agate Black

RM599

RM549

RM50

(Rebat segera)

Botol air

HONOR Band 6

RM189

RM169

RM20 (Rebat segera)

Tiada

* Kuantiti hadiah adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Siri HONOR MagicBook – Keselesaan mata, daya ketahanan, kompak dan berkuasa

Bagi pembelian komputer riba HONOR MagicBook 15, pembeli akan menikmati ganjaran bernilai sehingga RM400 yang merangkumi baucer RM100, beg galas HONOR, tetikus wayarles Bluetooth dan kotak hadiah HONOR. Ganjaran bernilai sehingga RM228 turut menanti pembeli HONOR MagicBook Pro yang akan mendapat rebat segera RM80 bersama beg galas HONOR serta tetikus wayarles Bluetooth.

HONOR MagicBook 15 yang dilancarkan baru-baru ini lebih cekap dengan pemproses terbaharu Generasi 11 Intel Core i5 dan fungsi WIFI-6. Skrin paparan komputer riba ini bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920 X 1080 piksel. Spesifikasinya pula, HONOR MagicBook 15 dipasangkan dengan kapasiti memori RAM 16GB berasaskan pada medium DDR4 dengan jumlah storan 512GB SSD.

Sementara HONOR MagicBook Pro yang hadir dengan skrin 16.1 inci menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen 5 4600H. Memori komputer riba ini sebanyak 16GB RAM jenis DDR4 dan storan PCIe NVMe SSD sebesar 512GB. Skrin kedua-dua HONOR MagicBook ini diperakui persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland bagi melindungi mata daripada cahaya biru.

HONOR MagicWatch 2 – Jam tangan pintar bergaya dengan panggilan Bluetooth

Beralih ke HONOR MagicWatch 2 Charcoal Black dan HONOR MagicWatch 2 Flax Brown, jam tangan pintar ini masing-masing diberikan potongan sebanyak RM80. Rebat RM50 turut diberikan untuk HONOR MagicWatch 2 Agate Black. Botol air percuma akan dihadiahkan kepada pembeli mana-mana jam pintar berkenaan.

Ringkasan mengenai HONOR MagicWatch 2, ukur lilit kepala jam tangan pintar berwarna Charcoal Black dan Flax Brown masing-masing 46mm dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.39 inci. Manakala jam tangan pintar berwarna Agate Black bersaiz 42mm diberikan skrin paparan AMOLED berukuran 1.2 inci.

Menariknya, jam tangan pintar berkenaan menyediakan lebih 100 mod senaman, aktiviti berlari, mendaki, berenang, memanjat dan juga triathlon. Peranti berkenaan juga dilengkapi fungsi mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2) serta mengawasi dan mendiagnosis enam jenis masalah tidur. Rangka HONOR MagicWatch 2 yang diperbuat daripada keluli 316L ini menawarkan jangka hayat bateri luar biasa kerana mampu bertahan sehingga 14 hari pada penggunaan biasa.

HONOR Band 6 – Skrin lebih besar, pengecasan pantas dan bateri tahan lama

Bagi mereka yang mencari gelang pintar dengan banyak fungsi pada harga mampu milik boleh menggunakan rebat segera RM20 untuk membeli HONOR Band 6 baru. Harga selepas diskaun adalah RM169 sahaja.

Berbanding generasi sebelumnya, saiz skrin HONOR Band 6 148% lebih besar iaitu 1.47 inci AMOLED dengan resolusi 368X194. Jadi pengguna dapat membaca maklumat dengan lebih jelas. Gelang pintar ini turut dilengkapi 10 mod senaman, sensor 6-paksi serta ciri lain seperti mengawasi degupan jantung selama 24 jam, mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2) dan mengawasi kitaran haid.

Bateri gelang pintar HONOR Band 6 mampu bertahan sehingga 14 hari dengan penggunaan normal dan pengecasan selama 10 minit sudah mencukupi untuk 3 hari. HONOR Band 6 boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Jadi apa yang anda tunggu lagi, berebutlah peluang ini untuk membeli peranti idaman pada harga diskaun. Untuk maklumat lokasi wakil penjual HONOR terpilih di seluruh negara boleh menyemak senarai pautan berikut:  

Kawasan

Pautan Senarai Wakil Penjual HONOR Terpilih

Wilayah Utara

http://bit.ly/HONORMidYearSaleNorthernRegion

Wilayah Selatan & Pantai Timur

http://bit.ly/HONORMidYearSaleSouthernAndEastCoast

Wilayah Tengah

http://bit.ly/HONORMidYearSaleCentralRegion

Sabah & Sarawak

http://bit.ly/HONORMidYearSaleEastMalaysia

Mengenai HONOR

HONOR adalah penyedia peranti pintar terkemuka global yang ditubuhkan pada 2013. Kami komited untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan membolehkan kehidupan pintar melangkaui keseluruhan keadaan serta saluran, untuk semua orang. Dengan memberi tumpuan strategik terhadap inovasi, kualiti dan perkhidmatan, HONOR berdedikasi membangunkan teknologi yang memberi kuasa kepada orang ramai di seluruh dunia untuk menjangkau kemampuan penyelidikan dan pembangunan. Pada masa sama, HONOR mahu mewujudkan dunia pintar baru bagi semua orang menerusi portfolionya yang mengetengahkan pelbagai produk inovatif.

Advertisement