Anda di sini

Menteri Uganda cedera ditembak, anak perempuan maut

Advertisement
 Anggota polis memeriksa kawasan di mana kenderaan Wamala diserang empat suspek menunggang motosikal yang membunuh anak perempuannya dan seorang pengawal peribadi di Kampala, Uganda kelmarin. — Gambar AFP
PERIKSA: Anggota polis memeriksa kawasan di mana kenderaan Wamala diserang empat suspek menunggang motosikal yang membunuh anak perempuannya dan seorang pengawal peribadi di Kampala, Uganda kelmarin. — Gambar AFP

KAMPALA: Menteri Pengangkutan Uganda cedera ditembak kelmarin dalam satu insiden yang digambarkan pihak polis sebagai “tembakan pandu lalu terancang” mengakibatkan kematian anak perempuan bekas ketua polis itu dan seorang pengawal peribadi.

Penembak yang membonceng motosikal mengekori Jeneral Edward Katumba Wamala, yang pernah berkhidmat sebagai ketua tentera, dari rumahnya ke ibu kota sejauh empat kilometer sebelum menyembur kenderaannya dengan peluru, menurut kenyataan polis.

Serangan seumpama itu pernah disaksikan dalam beberapa kes kebelakangan ini dan membunuh beberapa pegawai berprofil tinggi Uganda, namun pelakunya tidak pernah dibawa ke muka pengadilan.

“Pasukan keselamatan kini sedang menyiasat penembakan lalu terancang, yang berlaku sejurus sebelum jam 9 pagi, kata Timbalan Ketua Polis Negara Paul Lokech.

“Ini merupakan kes tembakan besar pertama sejak 2019 dan kami percaya ia adalah terancang dan bukan satu insiden rambang.”

Beliau berkata, empat suspek itu menunggang dua motosikal dengan nombor plat yang disembunyikan.

Mereka menembak mati anak perempuan ketua polis itu, Brenda Nantogo dan pengawal peribadi Haruna Kayondo, manakala pengawal yang lain terselamat. Wamala pula tercedera di lengan.

“Motif tembakan terancang ini belum lagi dikenal pasti. Kami menganggap serangan seperti ini sebagai jenayah terancang, dengan potensi tindakan pelampau, bertujuan untuk melemahkan kestabilan kami,” kata Lokech.

Pasukan forensik polis mengerumuni lokasi tembakan itu, di mana peluru menembusi bahagian belakang dan pemandu kereta Wamala, sebuah kenderaan rasmi tentera yang mudah dicam dengan nombor pendaftaran tentera berwarna hijau.

Isteri Wamala, Catherine dan anak lelaki mereka juga tiba di lokasi kejadian.

Dalam satu video yang ditujukan kepada anak-anaknya, Wamala bercakap mengenai cubaan membunuhnya.

“Saya terselamat. Kita kehilangan Brenda. Itu rancangan Tuhan. Saya sayangkan kamu semua. Tolong berdoa untuk ibu. Ibu berada dalam keadaan yang amat teruk,” katanya, dalam suara bergetar.

Presiden Yoweri Museve-ni mengutuk penyerang sebagai “khinzir yang tidak menghargai nyawa” dalam ciapannya di Twitter.

“Saya sudah bercakap de-ngan Jeneral Katumba dua kali melalui telefon. Beliau sedang diuruskan dengan baik,” kata-nya sambil menambah “kami sudah mempunyai petunjuk tentang pembunuh itu.”

Museveni berkata, pengawal peribadi melepaskan tembakan amaran yang menyelamatkan nyawa jeneral itu, namun dia sepatutnya “tembak untuk membunuh”.

“Kita sepatutnya membunuh pengganas itu dan bukan hanya menakutkannya,” tegasnya. — AFP

Advertisement