Anda di sini

Insiden tembakan di Balai Bomba Los Angeles, seorang maut, seorang cedera

Advertisement
 Kereta syerif dilihat diparkir di luar Balai Bomba 81 selepas insiden tembakan yang menyebabkan seorang anggota bomba maut dan seorang lagi cedera di Agua Dulce, California kelmarin. — Gambar AFP
SIASAT: Kereta syerif dilihat diparkir di luar Balai Bomba 81 selepas insiden tembakan yang menyebabkan seorang anggota bomba maut dan seorang lagi cedera di Agua Dulce, California kelmarin. — Gambar AFP

WASHINGTON: Seorang anggota bomba maut dan seorang lagi kritikal selepas kejadian tembakan di sebuah balai bomba di Agua Dulce, California, lapor Sputnik.

“Seorang pakar pemadam kebakaran kami meninggal dunia akibat kecederaannya. Selain itu di Balai Bomba # 81, seorang kapten bomba lelaki berusia 54 tahun ce-dera ditembak dan dibawa ke Hospital Henry Mayo, beliau berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil,” kata ketua bomba Los Angeles, Daryl Osby semasa sidang media kelmarin.

Pihak bomba masih dalam proses mengumpulkan maklumat tambahan mengenai kejadian itu dan  siasatan dibuat dengan kerjasama Pejabat Syerif Wilayah LA, katanya.

Osby mengesahkan suspek dipercayai seorang anggota bomba di balai tempat insiden berlaku tetapi ketika kejadian beliau tidak bertugas. Motif kejadian belum dapat dipastikan dan identiti suspek dirahsiakan.

Suspek kemudian balik ke rumahnya yang berhampiran balai bomba, dan dipercayai membakar rumahnya sebelum meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala. — Bernama

Advertisement