Anda di sini

Pengawal Pantai AS hentikan pencarian 10 warga Cuba di luar pantai Florida

Advertisement
 Gambar fail bertarikh 27 Mei 2021 menunjukkan pengawal pantai AS  menghalang bot kecil dan menyelamatkan lapan mangsa 18 batu barat Key West, Florida. — Gambar AFP
MENYELAMAT: Gambar fail bertarikh 27 Mei 2021 menunjukkan pengawal pantai AS menghalang bot kecil dan menyelamatkan lapan mangsa 18 batu barat Key West, Florida. — Gambar AFP

MIAMI: Pihak Pengawal Pantai AS menyatakan kelmarin ia telah menamatkan pencarian 10 pendatang Cuba yang telah disenaraikan sebagai hilang sejak Khamis lepas di laut luar Florida.

Sebelum itu, lapan pendatang telah diselamatkan dan dua mayat telah ditemui.

Mangsa terselamat menyatakan mereka telah meninggalkan pelabuhan Mariel di Cuba pada Ahad lepas, namun pada malam Rabu, kira-kira 15 batu dari Key West, Florida, 10 orang rakan sekapal mereka telah hilang, menurut pihak Pengawal Pantai.

Ia menyatakan elemen-elemen daripada Pengawal Pantai, tentera laut serta agensi kastam dan peronda sempadan telah melancarkan pencarian di laut dan udara bagi satu kawasan yang luas, namun gagal.

Rakyat Cuba, yang melarikan diri daripada keadaan ekonomi yang teruk di negara asal mereka,  telah semakin ramai yang menggunakan jalan laut dengan kapal-kapal yang usang tidak sesuai bagi pelayaran sejauh 95 batu merentasi Selat Florida, dan ramai yang gagal untuk sampai ke Amerika Syarikat.

Sejak lapan bulan lepas sahaja, pihak Pengawal Pantai telah menyekat 298 rakyat Cuba,

meningkat daripada 49 pada tahun fiskal berakhir pada September. — AFP

Advertisement