Anda di sini

Jumlah terkini kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara

Advertisement
KUALA LUMPUR: Berikut adalah maklumat terkini COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara di dunia pada 10 pagi hari ini.

Di seluruh dunia, terdapat 170,051,718 kes COVID-19 disahkan, termasuk 3,540,437 kematian seperti dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Mei.

Sebanyak 1,579,416,705 dos vaksin sudah diberikan pada 30 Mei.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi. Namun, di negara yang mempunyai kadar vaksinasi lebih tinggi termasuk AS dan United Kingdom (UK) telah menunjukkan penurunan dalam kes baharu. India turut menyaksikan penurunan jumlah kes baharu harian.

Jadual di bawah menunjukkan status di beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan. 

 
Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center. - BERNAMA
Advertisement