Anda di sini

Dua maut terkena tembakan di Florida

Advertisement
 Kelihatan pegawai polis berada di luar kelab, kelmarin, selepas tiga lelaki bersenjata menembak mati dua orang dan mencederakan  sekurang-kurang 20 orang di  kawasan Hialeah. — Gambar AFP
LOKASI KEJADIAN: Kelihatan pegawai polis berada di luar kelab, kelmarin, selepas tiga lelaki bersenjata menembak mati dua orang dan mencederakan sekurang-kurang 20 orang di kawasan Hialeah. — Gambar AFP

HIALEAH: Dua orang terkorban dan sekurang-kurangnya 20 orang tercedera pada awal kelmarin ketika tiga orang penembak melepaskan tembakan secara rambang ke arah sekumpulan orang ramai di luar sebuah konsert diadakan di kawasan Miami, menurut pihak polis.

Ini merupakan kejadian tembakan terbaharu dalam masa setahun yang telah melihat satu peningkatan bagi pejualan senjata dan juga keganasan senjata.

Tembakan berlaku berhampiran sebuah dewan bankuet dan acara di sebuah pusat beli-belah  di Miami Gardens, sebuah komuniti yang ramai penduduknya merupakan rakyat Cuba keluarga kelas bekerja.

Angelica Green memberitahu wartawan di tempat kejadian bahawa anak lelaki dan anak saudara lelakinya, kedua-duanya berusia 24 tahun, adalah antara mereka yang tercedera dalam kejadian tembakan pada waktu sibuk kelmarin.

Kedua-dua mereka berada dalam hospital untuk pemulihan dan anak saudaranya berada dalam keadaan yang lebih serius kerana ditembak sebanyak empat kali,

Beliau telah bercakap dengan anak lelakinya, yang ‘terkejut’ ketika beliau menelefon sejurus selepas tembakan berlaku.

 “Mereka menyatakan bahawa beberapa orang lelaki muncul dengan memakai hoodie dan topeng muka salji dan mula menembak ke arah orang ramai,” jelas beliau, sambil menambah  bahawa ia adalah ‘sangat menakutkan’.

Tempat  tersebut telah “mengacarakan sebuah acara yang dan beberapa orang penaung sedang berdiri di luar,” Jabatan Polis Miami-Dade menyatakan dalam satu kenyataan.

Semasa sebuah kenderaan SUV Nissan Pathfinder menghampiri tempat kejadian, tambah pihak polis, “tiga orang subjek keluar dari kenderaan dan mula menembak secara rambang ke arah orang ramai.” Tiga orang telah melarikan diri dan motif mereka tidak diketahui.

Pada Ahad lepas, kira-kira 12 buah kon kuning kecil dapat dilihat di atas jalan raya di luar dewan, menandakan di mana kelonsong peluru dan bukti telah ditemui.

Di samping dua orang yang terkorban di tempat kejadian, sekurang-kurangnya 20 orang telah dimasukkan ke hospital, seorang berada dalam keadaan kritikal, menurut polis.

Dalam satu ciapan, pengarah jabatan tersebut, Alfredo Ramirez III, mengecam “tindakan keganasan senjata yang seperti pengecut.”

“Ini adalah pembunuh kejam yang menembak secara rambang ke arah kumpulan orang ramai, dan kami akan mendapatkan keadilan,” kata beliau.

Pihak polis sedang mendapatkan bantuan daripada komuniti bagi memburu penembak tersebut.

Anak perempuan Chad Harris berusia 19 tahun adalah antara mereka yang tercedera.

“Anak perempuan saya telah ditembak dalam kejadian itu,” kata Harris, menurut CBS News. “Tiada kata-kata yang dapat menjelaskan bagaimana perasaan saya sekarang. Ia adalah satu saat yang sangat menyedihkan.”

Florida masih diingati dengan kejadian tembakan pada 2016 di kelab malam Pulse di

Orlando, di mana seorang lelaki bersenjata membunuh 49 orang, kebanyakan mereka adalah belia Cuba-Amerika.

Sepanjang tahun lepas, homisid yang berkaitan dengan senjata telah meningkat di seluruh dunia

Pada Rabu lepas, seorang pekerja transit awam menembak mati sembilan orang di sebuah stesen kereta api California sebelum menembak dirinya sendiri.

Satu pencarian pada minggu ini ke atas kediaman penembak – yang telah dibakar sejurus sebelum serangan – menemui 12 laras senjata, kira-kira 22,000  butir peluru dan koktel Molotiv yang disyaki.

Itu berlaku selepas kejadian tembakan beramai-ramai terbaharu di Indiana, California, Colorado danGeorgia.

Ketika pandemik COVID-19 memperlahankan keganasan di tempat kerja ketika ramai orang duduk di rumah, ia turut melihat rekod penjualan senjata.

Pada Mac tahun lepas, jumlah bagi pemeriksaan latar belakang  persekutuan mingguan  terhadap pembeli senjata mengatasi sejuta orang buat kali pertama, lapor The New York Times.

Kemudian pada musim panas ini, jumlah telah mencecah 1.2 juta dalam seminggu, dengan banyak penjualan dilakukan kepada pemilik kali pertama.

Amerika Syarikat mempunyai satu sejarah panjang dan menyakitkan melibatkan keganasan senjata – satu masalah yang digelar oleh Presiden Joe Biden sebagai satu ‘epidemik’.

Terdapat lebih daripada 43,000 kematian berkaitan dengan senjata di negara tersebut pada tahun lepas, menurut Gun Violence Archive.

Ketua Polis Miami Art Acevedo mengemukakan satu rayuan penuh perasaan kelmarin bagi tindakan.

“Sekiranya kita tidak berfungsi sepenuhnya sebagai satu masyarakat menentangnya, ia akan menjadi lebih buruk sebelum ia kembali pulih,” kata beliau dalam Twitter. — AFP

Advertisement