Anda di sini

Drama bersiri pertama TVS, ‘Hope Finds Love’

Advertisement
 

DIARAHKAN oleh Josh Nawan dan dihasilkan dalam dialek Sarawak tempatan, komedi romantis ‘Hope Finds Love’ ini memaparkan kehidupan seharian empat sekawan dengan budaya dan latar belakang yang berbeza yang akan menghiburkan penonton dari semua peringkat usia.

Michelle Lungan membawa watak sebagai Hope, Azam Pitt sebagai Kimi, Samarinna Tolhip sebagai Regina dan Willy Alfred sebagai Benji, drama bersiri ini mengisahkan Hope, penulis novel romantik yang menyedari bahawa dia berkongsi nasib yang sama dengan watak-watak dalam novelnya.

Hope memutuskan untuk menggunakan novel yang seterusnya untuk merubah semua cerita hidupnya.

Michelle Lungan, yang memainkan watak Hope berkata, “Saya amat bersyukur diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada drama bersiri Hope Finds Love, yang bukan sahaja memaparkan kisah yang menarik, tetapi turut menggambarkan keharmonian dan kepelbagaian bahasa masyarakat Sarawak.”

Azam Pitt yang berlakon sebagai Kimi menambah, “Sejujurnya saya jarang melakonkan watak sebegini kerana sebelum ini saya banyak melakonkan watak yang serius. Namun, Josh Nawan selaku pengarah dan juga penulis skrip, telah memudahkan saya untuk menyampaikan watak ini dengan lebih baik.”

OST Hope Finds Love yang berjudul ‘Hey Hey’ oleh Priwayat, sebuah kumpulan muzik yang baru mencipta nama sejak tahun lalu, mencipta gabungan melodi yang ceria dan lirik lagunya yang menarik selari dengan dinamik watak-watak drama ini.

Lagu ini merupakan single pertama mereka tahun ini, Mereka bakal mengeluarkan album pada akhir tahun ini.

Saksikan ‘Hope Finds Love’ setiap Selasa, jam 9.45 malam di TVS, saluran 122 Astro dan MYTV.

Advertisement