Anda di sini

Pertarungan Disney penuh bergaya Stone, Thompson dalam ‘Cruella’

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan ’ Emma Stone tiba di anugerah Oscar ke-91 di Dolby Theatre di Hollywood, California pada 24 Februari 2019. Menurut Emma Stone., filem Disney yang cukup bergaya ‘Cruella’ merupakan salah satu filem paling gelap studio itu setakat ini. — Gambar AFP
FILEM BAHARU: Gambar fail menunjukkan ’ Emma Stone tiba di anugerah Oscar ke-91 di Dolby Theatre di Hollywood, California pada 24 Februari 2019. Menurut Emma Stone., filem Disney yang cukup bergaya ‘Cruella’ merupakan salah satu filem paling gelap studio itu setakat ini. — Gambar AFP

DALAM pertelingkahan hebat antara seorang watak jahat dan musuh barunya, filem Disney yang cukup bergaya ‘Cruella’ merupakan salah satu filem paling gelap studio itu setakat ini, menurut Emma Stone.

Kisah asal ‘101 Dalmatians’, yang memulakan tayangannya di AS pada Jumaat lepas, belatarkan dunia punk Vivienne Westwood di London, dilengkapi dengan lagu latar rock 1970an dengan pakaian kot Afghan, skirt maxi, dan but.

Stone memainkan watak Cruella De Vil yang muda, namun begitu kedegilannya belum lagi mencapai tahap sehingga dia sanggup menyiat anjing Dalmatian atas nama fesyen.

Seorang pereka fesyen yang baru meningkat naik dan bercita-cita tinggi, Cruella bertemu dengan Baroness von Hellman yang menggerunkan, watak yang dibawa oleh Emma Thompson, yang tidak berfikir sebelum menggunakan kuasa, pengaruh dan kekejaman untuk menghancurkan harapan pemuda yang ingin mewarisi empayar fesyennya.

“Selama berdekad saya memainkan watak ‘wanita baik bergaun’, kini saya memainkan watak wanita kejam dalam gaun,” kata Thompson dalam sebuah sidang media maya.

Kostum mewah bukan sahaja menarik perhatian dalam skrin, namun menyaksikan perubahan Cruella dalam filem tersebut, daripada gadis sekolah degil kepada saingan jahat yang ingin melakukan sabotaj kepada reka cipta menawan Baroness.

Pakaian berfesyen tinggi set itu termasuk gaun berinspirasikan punk sepanjang 60 kaki meleret di belakang trak sampah di ibu kota London.

“Ia luar biasa, bukanlah sesuatu yang kamu boleh pakai dalam kehidupan harian. Itulah saat apabila kamu sedar ‘Saya berlakon dalam filem sekarang. Ini tidak akan berlaku dalam realiti,” jelas Stone.

Pemenang Oscar dua kali Thompson, memberitahu wartawan bahawa beliau sudah “bertanya selama beberapa tahun” untuk memainkan watak jahat.

“Saya amat tertarik dengan sisi gelap karektor wanita, kerana mereka jarang-jarang menjadi jahat,” katanya.

“Ia semestinya sebuah filem gelap bagi Disney,” tambah Stone, yang juga merupakan penerbit eksekutif.

Ditanya tentang inspirasi kehidupan sebenar beliau untuk karektor itu, Thompson menceritakan bahawa “pengalaman saya dengan orang jahat dan keras kepala dan narsisis agak kurang, namun terdapat segelintir dalam bidang lakonan.”

Thompson, seorang aktivis bersuara lantang termasuk gerakan #MeToo yang masih menggegarkan Hollywood dan industri hiburan seluruh dunia.

Thompson menerima pujian pada awal gerakan #MeToo dalam mendedahkan jenayah seks oleh mogul Hollywood Harvey Weinstein.

Beliau menarik diri secara umum daripada filem animasi ‘Luck’ pada 2019 selepas studio itu melantik bekas ketua Pixar John Lasseter, yang didakwa atas kesalahan mencabul secara seksual.

‘Cruella’ tidak menampilkan subjek seperti pencabulan seksual, namun terdapat banyak unsur lawak.

Selain dunia kejam fesyen dipenuhi kemegahan, cemburu, keangkuhan, banyak babak yang boleh menggegarkan penonton muda.

Dalmatian juga memberi ancaman.

Tetapi anjing-anjing sebenar dalam set itu ialah “amat manja”, kata Thompson, dan disunting dengan menggeram oleh komputer supaya mereka tampak “lebih garang.”

‘Cruella’ ditayang di pawagam dan Disney+ bermula 28 Mei. — AFP

Advertisement