Anda di sini

Penduduk Perancis kesal polis wanita cedera parah ditikam

Advertisement

LA CHAPELLE-SUR-ERDRE: Penduduk di sebuah pekan kecil Perancis telah meletakkan kad dan bunga kelmarin di tempat kejadian di mana seorang anggota polis yang “sangat baik” dan “lembut” telah mengalami kecederaan serius dalam satu serangan pisau pada hari sebelumnya, kejadian terbaharu dalam beberapa siri serangan ke atas anggota polis.

Penyerang tersebut, seorang rakyat Perancis berusia 39 tahun, Ndiaga Dieye yang telah dikenali oleh pihak polis dan seorang pesakit schizophrenia yang telah didiagnoskan, menikam wanita itu di La Chapelle-sur-Erdre berhampiran bandar barat Nantes pada Jumaat lepas.

Dia kemudian telah merampas senjata apinya dan melarikan diri, menahan seorang wanita muda sebagai tebusan selama beberapa jam sebelum mencederakan dua anggota polis ketika satu kejadian tembak-menembak di mana dia telah ditembak mati.

Menurut kepada seorang sumber dekat dengan kejadian itu, tebusan telah menyatakan bahawa Dieye tidak pernah menyuarakan  dakwaan “seperti pengganas”, dan sebuah mahkamah tempatan masih menguruskan siasatan berbanding dengan menyerahkan ia kepada sebuah badan khas bagi tindakan keganasan.

Namun pendakwa raya  Nantes, Pierre Sennes tidak memutuskan untuk menyerahkan kes kepada pihak berkuasa antikeganasan negara di Paris, bergantung kepda apakah elemen yang dibangkitkan ketika siasatan itu berkembang.

Secara kebetulan, data di dalam sebuah komputer tablet dan telefon bimbit yang dirampas oleh pihak polis seharusnya dapat diketahui pada awal minggu depan, menurut Sennes.

Di La Chapelle-sur-Erdre, Ines menyatakan beliau sering berinteraksi dengan anggota polis wanita Katell Lereec, yang mengalami kecederaan membahayakan nyawa, namun sekarang tidak lagi berada dalam keadaan bahaya.

“Saya masih lagi sangat sedih, saya berasa sangat sedih untuk beliau, kerana beliau tidak sepatutnya mengalami sebegini,” menurut wanita berusia 77 tahun itu.

“Beliau seorang yang sangat, sangat baik, seorang yang lemah lembut, malah semasa bercakap beliau bersuara dengan sangat lembut,” tambah beliau.

“Kami menyerang orang seperti itu siapa yang melindungi kami. Siapa yang kami akan pergi untuk dilindungi sekiranya kami menyerang mereka ini?”

Dieye mempunyai 19 pensabitan dan telah menghabiskan separuh dari hidupnya dalam penjara, di mana dia telah didiagnos sebagai schizophrenik  dan telah menjadi radikal.

Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin menyatakan Dieye telah berada dalam senatai pengawasan bagi penyokong pengganas yang berpotensi.

Sejak Dieye selesai menjalani tempoh hukuman penjaranya  terbaharu pada 22 Mac, dia telah mendapat pekerjaan dan perumahan disebabkan oleh sebuah pertubuhan  integrasi di La Chapelle-sur-Erdre.

Peguamnya Vincent de la Morandiere menyatakan “ia merupakan satu kegagalan bagi sistem kehakiman.”

“Dia mula menjalani hukuman penjara pada umur 17 tahun, dia telah disabitkan sepanjang masa dan ia tidak berkesan,’ tambah beliau.

“Dia keluar masuk bangunan penjara dan konkrit bandar ini.”

Pensabitan terhadap Dieye yang paling serius adalah menculik dan merompak selepas mengikat satu pasangan warga emas dan menutup mereka dengan selimut sebelum menggeledah kediaman mereka pada  2013.

Peguamnya menyatakan  dia “sangat tidak berkomunikasi” meskipun sebuah keluarga “yang telah mengorbankan diri mereka untuk cuba membantu dia.”

Lereec, dilahirkan pada  1974, mempunyai seorang anak lelaki yang telah dewasa, kata datuk bandar  tersebut.

Beliau telah direkrut “sebagai seorang pekerja belia pada hujung tahun 1990 melalui misi mediatasi sosial,” sebelum  mengambil ujian  bagi polis perbandaran,  kata datuk bandar Fabrice Roussel.

Seorang pendandan rambut  yang memiliki sebuah salun di belakang balai polis menyatakan Lereec “dalam keadaan beransur baik, kami telah mendengar dari rakan sekerja beliau, kami tidak sabar untuk menemui beliau lagi.”

Pertumpahan darah terbaharu muncul selepas beberapa serangan terhadap polis di Perancis, menyebabkan anggota polis menuntut perlindungan yang lebih baik serta hukuman lebih tegas untuk serangan terhadap mereka. — AFP

Advertisement