Anda di sini

Jumlah terkini kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Berikut adalah maklumat terkini mengenai COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara di dunia pada 10 pagi hari ini.

Di seluruh dunia terdapat 169,597,415 kes COVID-19 disahkan, termasuk 3,530,582 kematian seperti yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 30 Mei.  

Sebanyak 1,546,316,352 dos vaksin telah diberikan pada 26 Mei.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi. Namun, di negara yang mempunyai kadar vaksinasi lebih tinggi termasuk AS dan United Kingdom (UK) telah menunjukkan penurunan dalam kes baharu.

Jadual di bawah menunjukkan status di beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan. 

 
Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center. - BERNAMA
Advertisement