Anda di sini

Lelaki ditembak selepas serangan bersenjata terhadap polis Perancis

Advertisement
 Anggota polis Perancis menghendap kawasan yang dipercayai tempat suspek bersenjatakan pisau bersembunyi selepas insiden serangan ke atas seorang anggota polis di La Chapelle-sur-Erdre. — Gambar AFP
TUMPAS: Anggota polis Perancis menghendap kawasan yang dipercayai tempat suspek bersenjatakan pisau bersembunyi selepas insiden serangan ke atas seorang anggota polis di La Chapelle-sur-Erdre. — Gambar AFP

LA CHAPELLE-SUR-ERDRE: Seorang 'radikal dikenali' disyaki melakukan satu serangan bersenjatakan pisau di Perancis telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami ketika satu kejadian tembakan dengan pihak polis kelmarin, beberapa jam sebelum menyebabkan kecederaan teruk pada seorang anggota polis wanita dalam satu tindakan keganasan lain terhadap polis.

Lelaki itu, yang berada dalam satu senarai pengawasan bagi pengganas menurut pihak kementerian dalam negeri, telah berada dalam senarai buruan selepas serangan di La Chapelle-sur-Erdre berhampiran bandar Nantes.

Seramai 250 anggota polis cuba memburu dia, serta dua orang anggota pengawal sukarela telah tercedera dalam kejadian berbalas tembakan yang membawa kepada penangkapannya, menurut pihak berkuasa.

Tiada motif bagi kejadian tikaman yang telah diperolehi, namun penyerang merupakan seorang “radikal yang diketahui dan mengalami masalah psikiatrik yang sangat serius”, seorang sumber terlibat dalam siasatan berkata.

Selepas menikam anggota polis di sebuah balai polis, menyebabkan kecederaan yang membahayakan nyawa, suspek telah merampas senjatanya dan melarikan diri.

Dia kemudian memecah masuk ke dalam flat milik seorang wanita muda, menahan beliau di sana, dan dari sana dia telah menembak ke arah anggota pengawal sukarela, kata pendakwa raya Pierre Sennes.

Anggota polis yang ditikam oleh lelaki tersebut telah dibawa ke hospital dan kemudian disahkan tidak dalam bahaya.

 Pendakwa raya telah membuka satu siasatan mengenai cubaan membunuh anggota polis dan pengawal sukarela, bagi penahanan wanita muda.

“Ingatan pertama saya buat anggota polis yang mengalami kecederaan serius,” Perdana Menteri Jean Castex menulis di dalam Twitter.

“Beliau mendapat sokongan saya sepenuhnya… sokongan dari seluruh kerajaan.”

Menteri Dalam Negara Gerald Darmanin, telah melawat tempat kejadian pada tengah hari tersebut.

“Rakyat Perancis yang dilahirkan di Perancis, berusia kira-kira 40 tahun dan dikenali oleh pihak polis, telah dibebaskan dari penjara pada 2016 di mana dia telah dikatakan mempunyai amalan Islam dan radikalisasi yang tegas”, jelas beliau.

Itu telah membawa kepada rangkuman beliau pada satu senarai pengawasan bagi penyokong pengganas yang berpotensi, tambah beliau.

Ditangkap pada 2013 bagi kesalahan merompak yang dirancang, semasa pembebasannya dia telah diarahkan untuk mengikuti rawatan schizophrenia.

Darmanin menyatakan suspek telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang telah mebalas tembakan. Dia meninggal dunia tidak lama kemudian selepas tembak-menembak itu.

Seorang wartawan foto AFP di tempat kejadian menyatakan beliau telah mendengar kira-kira 12 das tembakan dilepaskan dalam dua serangan ketika kejadian, di sebuah kawasan kediaman.

Pasukan polis khas yang menggunakan perisai dan memakai topi keselamatan telah menggunakan tong sampah dan semak bagi berlindung ketika mereka melepaskan tembakan.

Seorang saksi memberitahu AFP beliau melihat seorang warga awam berada di atas tanah dikelilingi oleh pihak polis selepas kejadian tembak-menembak.

Pelajar di sekolah rendah dan menengah berhampiran kawasan itu telah diarahkan tinggal di dalam bangunan ketika pihak polis mengesan suspek, seorang pegawai perbandaran memberitahu AFP.

“Kami telah menutup tingkap dengan langsir dan memberitahu pelajar agar baring di atas lantai. Mereka telah berada di sana selama dua jam,” seorang guru tempatan memberitahu AFP melalui pesanan ringkas ketika pemburuan itu.

Bekas peguam suspek, Vincent de la Morandiere, memberitahu AFP bahawa  keadaan psikologi anak guamnya “semakin teruk ketika beberapa keadaan di penjara”.

Seorang jiran menyatakan dia sebagai “sangat pendiam dan bersopan” sementara seorang lagi  menyatakan “dia memberitahu saya dia mempunyai masalah psikologi. Dia tinggal bersendirian dan tidak mempunyai sebarang pelawat. Dia memberitahu saya dia mempunyai seorang anak".

La Chapelle-sur-Erdre mreupakan sebuah pekan mempunyai 20,000 penduduk hanya di utara Nantes berhampiran pantai Atlantik.

Serangan muncul pada hari yang sama Menteri Kehakiman Eric Dupond-Moretti menyeru kepada hakim-hakim Perancis bagi menunjukkan “ketegasan” ketika berurusan dengan orang yang didapati bersalah bagi serangan terhadap pasukan polis.

Anggota polis Perancis telah menuntut perlindungan yang lebih baik dan hukuman lebih berat bagi serangan terhadap mereka selepas beberapa kejadian sejak beberapa bulan lepas.

Pada awal bulan ini, anggota polis Eric Masson telah ditembak mati ketika menyiasat aktiviti di sebuah kawasan diketahui bagi pengedaran dadah di bandar selatan Avignon.

Kematian Masson muncul selepas pembunuhan pada 23 April Stephanie Monferme, seorang kakitangan polis yang telah ditikam di pekan Rambouillet di luar Paris dalam serangan pejuang jihad terbaharu di Perancis.

Tiada sebarangan kenyataan segera bahawa pihak berkuasa Perancis berniat untuk membuka satu siasatan keganasan mengenai serangan pada Jumaat lepas.

Namun beberapa serangan sepanjang tahun lepas telah mencetuskan kebimbangan mengenai penyebaran Islam radikal di Perancis dan imigrasi. — AFP

Advertisement