Anda di sini

Assad menang pilihan raya Presiden Syria

Advertisement
 Penyokong membawa gambar potret Presiden Syria yang baharu, Bashar al-Assad selepas beliau memenangi pilihan raya di Syria. — Gambar AFP
PILIHAN RAKYAT: Penyokong membawa gambar potret Presiden Syria yang baharu, Bashar al-Assad selepas beliau memenangi pilihan raya di Syria. — Gambar AFP

DAMASCUS: Parlimen Syria pada Khamis mengumumkan kemenangan Presiden Bashar al-Assad dalam Pilihan Raya Presiden 2021, kemenangan penggal keempat beliau dalam tempoh tujuh tahun.

Speaker Parlimen Hamoudeh Sabbagh, mengatakan sAssad menang 95.1 peratus undi berbanding 88.7 peratus pada pilihan raya 2014, lapor Xinhua.

Menurut beliau, kira-kira 14 juta daripada 18 juta pengundi yang memenuhi syarat dari dalam dan luar Syria mengundi, dengan kadar yang keluar mengundi 78.64 peratus.

Sebilangan besar penyokong Assad memenuhi Dataran Umayyah, di ibu kota Syria, Damsyik, untuk meraikan kemenangan Assad, mengibarkan bendera Syria dan poster Assad, dengan lagu kebangsaan berkumandang daripada pembesar suara.

Sepanduk yang menyokong Assad turut dipasang di sekitar dataran dan jalan-jalan utama di ibu kota itu.

Kemenangan Assad telah dijangka kerana pesaing pilihan rayanya adalah pemimpin pembangkang yang kurang berpengaruh dan seorang bekas menteri kabinet.

Pilihan raya diadakan pada Rabu dengan pusat undi dibuka hingga tengah malam.

Kerajaan Syria telah mendorong para pengundi untuk keluar mengundi demi “masa depan Syria.” — Bernama

Advertisement