Anda di sini

Kumpulan rock Maneskin dari Itali menang Eurovision 2021

Advertisement
 Maneskin meraikan kemenangan mereka selepas diumumkan sebagai juara edisi ke-65 Eurovision Song Contest 2021, yang diadakan di pusat konvesyen Ahoy di Rotterdam, pada 22 Mei lepas. — Gambar AFP
GEMBIRA: Maneskin meraikan kemenangan mereka selepas diumumkan sebagai juara edisi ke-65 Eurovision Song Contest 2021, yang diadakan di pusat konvesyen Ahoy di Rotterdam, pada 22 Mei lepas. — Gambar AFP

KUMPULAN rock Itali Maneskin yang dianggotai oleh empat ahli telah memenangi pertandingan Eurovision yang diadakan di Rotterdam baru-baru ini dalam satu mesej penuh harapan bagi sebuah dunia bangkit dari pandemik koronavirus, namun beberapa hari selepas itu ia harus berdepan dengan dakwaan penyanyi utamanya mengambil dadah di belakang pentas.

Ketika pertandingan itu kembali selepas setahun tiada disebabkan oleh virus, kumpulan dari Itali itu berjaya mengenepikan persaingan sengit daripada peserta Perancis dan Switzerland melalui lagu mereka ‘Zitti e Buoni’.

Kemenangan ketiga Itali dalam Eurovision dan yang pertamanya sejak 1990 muncul selepas satu pertandingan yang mencemaskan dan sengit, yang diteruskan di sebalik protokol ketat termasuk ujian calitan beramai-ramai dan penonton dihadkan kepada 3,500 orang.

Tema bagi Eurovisio  pada tahun ini adalah ‘Open Up’, dan sekatan koronavirus yang disokong oleh kerajaan Belanda mungkin menjadi satu model bagi acara besar-besaran seperti Euro 2020 dan Olimpik Tokyo.

Maneskin, menampilkan tiga orang lelaki dan seorang wanita, menyatakan seluruh petang dengan lagu-lagu rancak dan kostum yang menarik akan membawa keceriaan selepas Covid-19 selama setahun.

“Kami fikir bahawa seluruh acara adalah satu kelegaaan,” kata penyanyinya Damiano David selepas menyimbah rakan kumpulannya dengan ‘champagne’ semasa satu sidang media.

“Ia adalah benar-benar menakjubkan, seluruh acara, Eurovision ini akan menjadi satu kejayaan.”

Pemain bass Victoria De Angelis menyatakan kejayaan mereka “akan menjadi satu mesej bagi harapan” buat Itali, yang merupakan salah satu dari negara-negara di Eropah yang paling teruk dilanda oleh virus tersebut.

“Kami berasa berbesar hati untuk mengembalikan ia semula selepas 31 tahun,” kata beliau mengenai gelaran Eurovision, yang bermakna Itali dijangka akan menjadi tuan rumah pada tahun hadapan.

Dengan kemenangan itu, maka terdapat  kekecewaan bagi penyanyi Perancis Barbara Pravi,  yang hampir kecewa untuk menamatkan kekecewaan negaranya selama 44 tahun sejak kemenangan Eurovision terakhir negara itu dengan lagu beliau ‘Voila’.

Dalam satu pertandingan yang kontras, persembahan beliau penuh emosi gaya Edith Piaf di atas pentas yang gelap berdepan dengan kumpulan rock punk-funk Itali. Kedua-duanya menyanyi dalam bahasa ibunda masing-masing.

Satu penamat yang mencemaskan berlaku ketika  Maneskin berada di tempat yang keempat selepas satu undian oleh para juri nasional yang menyebabkan Switzerland berada sebagai pendahulu, sebelum undian umum besar membawa mereka naik menjadi paling atas dengan 524 mata.

“Rock and roll never dies,” penyanyi David menjerit sambil beliau menjulangkan trofi gelas Eurovision yang berbentuk mikrofon.

Beliau kemudian menafikan dengan tegas mengenai pengambilan dadah, selepas rakaman di dalam media sosial menunjukkan beliau tunduk di atas sebuah meja ketika pertandingan. “Saya tidak menggunakan dadah. Tolong, anda semua. Jangan menyatakan sebegitu, tiada kokain,” beliau memberitahu sidang media.

Nama kumpulan yang berasal daripada perkataan Denmark yang bermaksud cahaya bulan, dengan de Angelis  adalah separuh Denmark dan mereka menunjukkan bakat mereka dalam ‘busking’ sebelum mengambil bahagian dalam rancangan bakat X Factor pada  2017.

Penyanyi Switzerland, Gjon Muharremaj, 22, merupakan pakej kejutan bagi malam tersebut, berada di tempat ketiga dengan lagu balada gaya Sam Smith ketika menyanyikan lagu ‘Tout l’Univers’.

Sementara itu Britain, yang kekal dalam Eurovision meskipun telah meninggalkan Kesatuan Eropah, melalui satu keadaan yang memalukan apabila mencapai ‘nul points’, tidak memenangi apa-apa sama ada daripada para juri atau orang ramai.

Pertandingan di Rotterdam telah dibatalkan pada tahun lepas buat kali pertama dalam sejarah  bagi pertandingan selama 65 tahun, salah satu dari rancangan televisyen yang paling kerap ditonton  dengan kira-kira 200 juta orang penonton.

Pada waktu ini, 12 bulan lepas, Ahoy Arena telah digunakan sebagai sebuah hospital sementara untuk pandemik.

Serta susulan yang menampilkan kesan koronavirus, dengan penyertaan kumpulan Iceland Dadi og Gagnamagnid dibatalkan untuk membuat persembahan secara langsung apabila seorang anggota kumpulan  didapati positif Covid – walaupun mereka masih berjaya memperolehi tempat keempat.

Pemenang tahun 2019 dari Belanda Duncan Laurence pula tidak dapat muncul di atas pentas selepas mengalami simptom bagi penyakit ketika sesi latihan.

Para peserta berada dalam ‘bubble’ ketika pertandingan dan setiap seorang daripada ribuan orang yang memasuki kawasan Eurovision  perlu untuk diperiksa bagi koronavirus.

Namun suasana bagi keseronokan menyukainya atau membencinya adalah sangat luar biasa.

Pertunjukan lain termasuk peserta Norway Tix, yang muncul di atas pentas dengan sayap putih malaikat yang besar,  yang menggunakan nama pentasnya dari kesan Tourette’s Syndrome beliau.

Penyertaan Cyprus ‘El Diablo’ pula dituduh sebagai hasutan dan bersifat fahaman syaitan oleh Gereja Ortodoks Cyprus dan kumpulan agama. Peminat telah hadir meskipun terdapat sekatan.

“Saya fikir ia adalah awalan bagi satu permulaan baharu,” Saskia Scharree, 51, memakai sepasang blazer putih dan jingga dihiasi dengan corak hiasan pasu tradisi biru Belanda, memberitahu AFP di luar arena.

Sambil mengibarkan bendera Finland seorang peminat Oona Sainio, 27, menyatakan beliau dan keluarganya telah datang untuk menyertai suasana tersebut meskipun tidak mempunyai tiket.

“Kami adalah peminat besar Eurovision  dan kami ingin berada dekat dengan di mana ia akan berlaku,” menurut Sainio, 27,  yang menetap di Belanda. — AFP

Advertisement