Anda di sini

C. Tangana menempa namanya menjadi sebuah fenomena

Advertisement
 Penyanyi rap C. Tangana mengambil risiko besar ketika beliau mula menggandingkan pengaruh lama seperti flamenco dan bossa nova dalam muzik hip-hop, namun rentak mengujakan itu telah menempa namanya menjadi fenomena.  — Gambar AFP
FENOMENA: Penyanyi rap C. Tangana mengambil risiko besar ketika beliau mula menggandingkan pengaruh lama seperti flamenco dan bossa nova dalam muzik hip-hop, namun rentak mengujakan itu telah menempa namanya menjadi fenomena. — Gambar AFP

PENYANYI rap Sepanyol C. Tangana mengambil risiko besar ketika beliau mula menggandingkan pengaruh lama seperti flamenco dan bossa nova dalam muzik hip-hop, namun rentak mengujakan itu telah menempa namanya menjadi sebuah fenomena.

Penyanyi 30 tahun itu telah muncul sebagai salah seorang artis bahasa Sepanyol terkemuka dunia sejak menerbitkan album ketiga beliau ‘El Madrileno’, pada Februari.

Ini mengangkat ranking beliau bersama bekas teman wanita bintangnya Rosalia, penyanyi Catalan yang memenangi anugerah Grammy yang mana telah bersama-sama menulis beberapa lagu hit.

C. Tangana, nama sebenar Anton Alvarez Alfaro, sudah lama bergiat sejak sedekad lalu ketika beliau masih dikenali sebagai pemuda Sepanyol dengan suara sumbang.

Kini nyanian rap beliau digandingkan dengan pelbagai aspek daripada reggaeton dan rumba kepada stail tradisional Sepanyol dan Amerika Latin, di mana suara beliau disunting dengan ‘autotune’.

“Ia mengagumkan bahawa muzik saya terkenal ketika saya melakukan sesuatu yang lebih kompleks, lebih  beraliran kepada eksperimen berbanding mengikut trend,” beliau mengulas dalam sebuah wawancara.

Beliau tidak segan untuk didedahkan kepada lebih banyak pendengar: impiannya kini adalah untuk menghasilkan muzik “yang boleh dinikmati oleh pemuda di kelab atau orang tua di rumah ketika memasak”.

Penyanyi rap itu, yang menggayakan rambut separa cukur dan misai pensil, juga bekerjasama dengan flamenco terkemuka Sepanyol termasuk Nino De Elche, Antonio Carmona, Kiko Veneno, La Hungara dan Gipsy Kings.

Pada April lepas beliau telah menggandingkan mereka dalam siri persembahan popular NPR ‘Tiny Desk Concert’, yang telah mencatatkan sebanyak enam juta tontonan di YouTube.

Beralih daripada ‘trap’, salah satu genre sub rap, dan mengorak langkah ke rentak yang lebih tradisional ialah langkah yang bahaya, terutamanya buat seorang yang mempunyai peminat golongan belia yang  mana bagi mereka rumba, bossa nova dan bolero ialah rentak kuno.

“Bagi saya pendengar sudah jemu. Mereka sudah mendengar cukup nilai aesthetic pra-dominasi yang sebelum ini didefinisikan sebagai pop dan muzik urban,” katanya.

Sebahagian daripada album terbaru beliau dirakam dalam Amerika Latin bersama pemain gitar Cuba Eliades Ochoa daripada Buena Vista Social Club, penyanyi-penulis Uruguay Jorge Drexler, artis lama Mexico Ed Maverick dan dari Brazil Toquinho, salah seorang legenda bossa nova.

C. Tangana bermula pada 2006 dengan nama rap Crema. Apabila kemelesetan ekonomi global melanda Sepanyol beberapa tahun kemudian, trap merupakan jalan sempurna untuk menyuarakan kemarahan generasinya.

Namun setelah lebih setahun menyanyikan rap, keadaan berubah.

“Ketika saya melangkah ke usia 30-an, saya berhadapan dengan krisis di mana saya bosan dengan apa yang saya lakukan, lalu saya memutuskan untuk menyuarakan kesemua pengaruh yang tidak berani saya ekspresikan sebagai seorang penyanyi rap,” jelasnya.

Peralihan itu bermula pada 2018 dengan ‘Un veneno’ yang diterbitkan setahun selepas hit terkenal ‘Mala mujer’.

Serta ia mengembalikan rentak zaman kanak-kanak yang selalu didengari beliau dengan nyanyian lama Sepanyol.

Pengaruh Amerika Latin muncul kemudiannya.

“Ia bermula ketika saya seorang remaja dengan reggaeton dan bachata dimainkan di kelab pertama yang saya kunjungi, yang kebanyakannya berbahasa Latin,” katanya.

Belajar dalam bidang falsafah ketika itu, beliau menulis rap pertamanya sambil bekerja di pusat khidmat pelanggan atau restoran makanan segera.  

Namun apa yang menanti seterusnya, belum diketahui lagi.

Satu impian beliau adalah untuk berkolaborasi dengan Natalia Lafourcade, penyanyi Mexico dalam genre folk, rock dan pop, ratu dalam bidang muzik. — AFP

Advertisement