Anda di sini

Blitzers kumpulan terbaharu mencuba nasib, mahu jadi BTS

Advertisement
 

LATIHAN selama ribuan jam, beberapa impian yang hancur berderai; Blitzers adalah kumpulan baharu yang mencuba nasib dalam pasaran K-pop yang sengit, berharap untuk menjadi BTS yang seterusnya.

Sebuah kumpulan tujuh orang semuanya lelaki, sama seperti fenomena muzikal BTS yang mengungguli carta Billboard AS pada tahun lepas, latihan mereka selama tiga tahun telah disaring dalam muzik dan tarian selama tiga minit yang akan menentukan sama ada mereka adalah satu lagi ‘hit’, atau hanya sebuah lagi kumpulan yang tidak dikenali.

Rutin, selalunya tegas, adalah sangat ketat dalam masa beberapa minggu  bergegas  bagi penampilan pertama mereka; sesi di gim, latihan menyanyi, rakaman promosi dan latihan tarian selama kira-kira 10 jam pada awal pagi.

Program tersebut hanya membenarkan mereka tidur selama kurang dari lima jam semalam di katil dalam rumah yang mereka kongsikan di Seoul – ruangan kosong untuk harapan mereka yang dikeluarkan selepas gagal untuk mencapai sasaran.

Dalam sebuah studio latihan yang disediakan dipenuhi dengan cermin, tujuh orang peserta yang masih kekal berdiri dengan tenang dan yakin bagi bahagian pembukaan untuk single pertama mereka, ‘Breathe Again’, kurang daripada jumlah pengurus, jurulatih dan koreografer.

Saat ia kedengaran dari pembesar suara mereka bergerak dengan langkah kemas dan bertenaga, memusing satu sama lain dengan ketepatan tentera.

“Though I want to hold your hands I can’t come near you/Because I’m stuck unable to move,” dinyanyikan oleh penyayi utamanya berusia 17 tahun  Cho Woo-ju ketika beliau melompat dari satu tangga manusia yang dihasilkan oleh rakan kumpulannya.

Semasa lagu itu mencapai kemuncaknya mereka berkumpul bersama dalam satu barisan memberikan aksi tanda K-pop secara serentak.

Namun respon kurang memuaskan. “Itu hanya memanaskan badan untuk kamu bukan?” kata pengarah tarian. “Mari lakukan dengan betul-betul.”

“Ya!” respon jejaka itu dengan laungan serentak.

“Kami berlatih langkah tarian kami sehingga kami serentak sempurna,” kata penyanyi  latar Jang Jun-ho.

K-pop ialah pengaruh terkini dan terbesar dalam yang digelar  Gelombang Korea dan budaya Selatan itu semakin mendapat sambutan di luar negara – dipengaruhi oleh kejayaan global band BTS.

Fenomena berkenaan meraih berbilion dolar dalam ekonomi ke-12 terbesar dunia menyaksikan pelbagai kumpulan ditubuhkan dan dilancarkan setiap tahun oleh label rekod yang cuba mendapat keuntungan itu.

The Blitzers disatukan oleh Wuzo Entertainment, sebuah agensi pengurusan Seoul.

Syarikat itu telah melabur lebih kurang satu bilion won kepada band tersebut, band pertama mereka, dengan harapan kemunculan mereka akan menjadi  kejayaan.

Potensi pendapatan itu besar, memandangkan agensi pengendali BTS, Big Hit  Entertainment membanjiri saham Korea tahun lepas dan kini memiliki kapitalisasi pasaran sebanyak $7 bilion.

Namun masa depan Blitzers masih belum ditentukan, dengan album mini enam lagu bakal dilancarkan.

“Setiap tahun lebih daripada 50 kumpulan idol masuk ke pasaran. Hanya beberapa daripada itu berjaya,” ulas Kinm  Jin-Hyung, pemangku ketua eksekutif label itu.

Ahli kumpulan Blitzers kesemuanya berumur antara 17 sehingga 19 tahun dan kebanyakan mereka dilatih semasa masih bersekolah dan menjalani latihan selepas kelas.

Proses pemilihan ketat mengurangkan ahli mereka, sehingga 12 orang dipindahkan dalam rumah yang dikongsi pada tahap akhir, dan tujuh ahli kumpulan dipilih pada November.

Sungguhpun menjadi pemenang mereka tetap mempunyai perasaan bercampur baur. Ketua Choi Jin-hwa, 19 menyatakan keseluruhannya beliau menyaksikan lebih kurang 20 ahli pasukan disingkirkan, namun ia “tidak pernah menjadi suatu kebiasaan baginya”.

“Sungguhpun telah lama bersama kami, mereka semua telah  berlatih bersama sepanjang hari. Meskipun saya tidak melakukan kesalahan, saya masih berasa kesal,” katanya.

Disiplin mereka amat ketat, dengan Wuzo yang menentukan pukul berapa mereka bangun, apa dan bila mereka makan, dan bila mereka tidur.

Kawalan berat badan ialah tetap. “Kami menegah mereka memakan snek pada waktu malam,” kata pengurus Oh Chang-seok. “Ia tidak boleh dielakkan. Mereka harus bersedia pada setiap waktu” sekiranya terdapat peluang promosi.

Industri K-pop didakwa merampas harapan belia dalam menyaksikan hanya minoriti kecil sahaja yang berjaya mengecapi kegemilangan, dan bekas idol Nine Muse  Ryu Sera mengaitkan   industri tersebut dengan “sistem pengeluaran besar-besaran bak kilang” dalam sebuah wawancara.

Kim dari Wuzo menafikan kritikan tersebut sebagai “sebelah pihak”.

“Kami sebagai syarikat memberi peluang kepada pelatih untuk merealisasikan impian mereka manakala mereka memberi kami peluang untuk berkembang sebagai sebuah syarikat,” katanya. “Kami semua bersama-sama dalam usaha ini.”

Pengurus Oh  bersikap realistik dalam menyingkirkan bekas pelatih. “Kami tidak boleh membantu mereka yang diberi peluang untuk menambah baik diri sendiri tetapi tidak berjaya setaraf yang lain,” katanya.

“Kami perlu menampilkan yang terbaik kepada khalayak ramai.” — AFP

Advertisement