Anda di sini

Ariana kahwini Dalton dalam satu majlis yang kecil dan peribadi

Advertisement
 Ariana Grande dan Dalton Gomez dialporkan telah berkahwin di rumahnya di Los Angeles pada Ahad.
BERKAHWIN: Ariana Grande dan Dalton Gomez dialporkan telah berkahwin di rumahnya di Los Angeles pada Ahad.

BINTANG pop Amerika Ariana Grande telah melang-sungkan perkahwinan dengan ejen hartanah mewah Dalton Gomez di rumahnya di Los Angeles pada Ahad, seperti yang dilaporkan oleh media AS pada Isnin.

“Ia adalah kecil dan peribadi, kurang daripada 20 orang. Ruangan itu sungguh gembira dan dipenuhi dengan cinta,” kata wakil penyanyi berusia 27 tahun itu kepada majalah People, dengan itu mengesahkan laporan daripada TMZ.

“Pasangan itu dan kedua-dua keluarga sungguh gembira,” kata wakil itu.

Ariana mengumumkan pertunangannya dengan Dalton dalam satu muat naik Instagram pada Disember lepas yang menunjukkan pasangan itu serta cincin berlian dan mutiaranya dengan kapsyen “forever n then some.”

Pasangan itu dilihat bersama buat pertama kali di khalayak umum dalam sebuah muzik video untuk ‘Stuck with U’, sebuah lagu amal yang dirakamkannya bersama dengan Justin Bieber semasa tempoh berkurung berikutan pandemik COVID-19 di California.

Lirik lagu tersebut merujuk kepada pasangan yang menghabiskan masa bersama-sama sepanjang tempoh berkurung itu.

Video muzik yang dibuat dari rumah itu menampilkan Ariana mengerekot di katil bersama anjingnya, dan berpusing ke arah seorang lelaki misteri di penghujung lagu, dengan ruangan gosip pada waktu itu melaporkan lelaki itu adalah Dalton, manakala Bieber bermanja-manja dengan isterinya Hailey Baldwin Bieber.

Pengalaman itu nampaknya berakhir dengan gembira bagi penyanyi lagu ‘thank u next’ tersebut.

Pemenang anugerah Grammy itu juga pernah bertunang dengan pelakon komedi Pete Davidson pada tahun 2018.

Selain itu, Ariana Grande juga pernah menjadi berita utama di luar AS pada tahun 2017 apabila sebuah stadium di mana konsertnya berlangsung menjadi sasaran serangan bom oleh pengganas di Manchester, England, menyebabkan 22 orang maut dan beratus-ratus yang lain cedera. — AFP

Advertisement