Anda di sini

Wajib daftar MySejahtera catat kehadiran bertugas 

Advertisement
 

KUCHING: Majikan wajib memastikan pekerja mendaftar kehadiran bertugas menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual jika kawasan tersebut tiada liputan internet.

Ini antara garis panduan (SOP) terbaharu yang disenaraikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 7 Jun 2021 di Sarawak. 

SOP itu turut menyenaraikan - pekerja bergejala tidak dibenarkan bekerja dan dikehendaki menjalankan ujian saringan COVID-19.

Majikan harus memastikan pekerja dikenalpasti sebagai individu dalam pengawasan (PUS) tidak dibenarkan bekerja sehingga mereka tamat tempoh kuarantin serta diberikan arahan pelepasan daripada pihak kesihatan dan selesai menjalani ujian saringan COVID-19.

Manakala pekerja sektor perkhidmatan perlu yang mendapat permit merentas zon secara kerap atau berkala untuk melaksanakan tugas perlu menjalankan ujian calitan RT PCR COVID-19 setiap dua minggu. 

Ujian tersebut juga perlu dilaksanakan jika pekerja terbabit mengalami gejala seperti demam, batuk, selsema dan cirit-birit.

Pekerja tidak dibenarkan makan secara berkumpulan tanpa penjarakan sosial semasa rehat dan sebagainya.

Pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di dalam kenderaan membawa barangan dan perkhidmatan perniagaan industri mesti dipraktikkan.

Dalam pada itu, orang ramai masih tidak dibenarkan makan dan minum di premis makanan. Aktiviti dine-in tidak dibenarkan sejak 12 Mei.

Selain itu, pasar raya, pasar besar, puast beli belah, kedai runcit, kedai perkakasan, kekdai serbaneka, dobi dan lain-lain permis kedai dibenarkan beroperasi bagaimanapun pemilik atau operator dikehendaki mengawal had jumlah pengunjung bagi membolehkan penjarakan fizikal dapat dilaksanakan di premis masing-masing.

Advertisement