Anda di sini

Suami isteri disyaki terlibat dadah diberkas di Kuching

Advertisement
Dadah yang dirampas daripada suspek. - Gambar ihsan polis
Dadah yang dirampas daripada suspek. - Gambar ihsan polis

KUCHING: Sepasang suami isteri diberkas apabila disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah dalam satu serbuan hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata satu serbuan dilakukan oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Kuching ke atas sebuah rumah di Skim Penempatan Baru, Jalan Stutong di sini sekitar jam 11 pagi.

Menurutnya, lelaki, 24, dan wanita, 21, itu ditahan di rumah tersebut apabila pasukan operasi menemui dadah jenis syabu seberat kira-kira 5.28 gram.

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek lelaki telah menjumpai dadah jenis methamphetamine (syabu) di dalam sembilan peket lutsinar yang disimpan di dalam beg yang dipegang oleh suspek.

"Kesemua dadah yang dianggarkan bernilai RM528 itu dirampas dan suspek serta isterinya kemudian ditahan untuk siasatan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya juga, hasil saringan awal air kencing hanya mendapati hanya suspek lelaki positif dadah.

"Selain itu, dia juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga 22 Mei ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952.

"Siasatan awal juga mendapati suspek memperolehi dadah secara bank-in dari seorang pengedar di sekitar Kuching dan dia mula terlibat dengan pengedaran dadah akhir 2019," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement