Anda di sini

Petronas sasar tingkatkan transformasi digital pada 2021

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) ke arah meningkatkan gabungan internet benda (IoT) dan teknologi analitik serta penggunaan aset autonomi jarak jauh dalam operasinya pada tahun ini.

Ketua Pegawai Digital Aadrin Azly berkata syarikat minyak dan gas itu turut mengkaji pelbagai cara untuk memanfaatkan transformasi digital bagi mewujudkan aliran pendapatan baharu selain operasi tradisionalnya.

“Kami gembira untuk menggabungkan dua perkara ini bagi meningkatkan operasi kami.

“Kami bekerjasama dengan Amazon Web Services (AWS) untuk menghasilkan papan pemuka operasi yang akan membantu kami membuat keputusan dengan lebih cepat berdasarkan data yang kami dapat dalam rantaian bekalan,” katanya.

Aadrin berkata demikian pada perbincangan panel bertajuk ‘Embracing Agility and Innovation in a New Normal’, di luar Sidang Kemuncak ASEAN AWS secara maya hari ini. 

Menurut beliau, langkah itu juga akan membantu Petronas dari segi kemampanannya dalam jangka masa panjang berikutan ia dalam usaha untuk menambah baik jejak karbon, campuran tenaga dan kecekapannya. 

“Terdapat tiga jenis portfolio yang kami beri tumpuan pada tahun ini dari segi transformasi digital, iaitu meningkatkan kos operasi kami, mewujudkan aliran pendapatan baharu dan memastikan kemampanan,” katanya.

Aadrin berkata syarikat akan turut melancarkan Akademi Digital Petronas tidak lama lagi untuk meningkatkan penggunaan digital dan keupayaan digital dalam kumpulan.

“Kami bekerjasama dengan rakan kongsi dan berbincang dengan AWS untuk mereka menyertainya,” katanya. - Bernama 

Advertisement