Anda di sini

Peniaga Pasar Sin On Tawau sentiasa patuhi SOP

Advertisement
 Christina (kanan) bersama Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Tawau Fung Thin Yein ketika dalam tinjauan berkenaan
TURUN PADANG: Christina (kanan) bersama Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Tawau Fung Thin Yein ketika dalam tinjauan berkenaan

TAWAU: Semua pengusaha makanan di Pasar Sin On mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan setiap hari.

Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew berkata, dengan aktiviti ekonomi yang dihadkan dan pendapatan susah dijana, sebarang usaha melanggar peraturan ditetapkan adalah sesuatu yang memudaratkan perniagaan.

"SOP perlu dipatuhi semua pihak, saya juga ingin sekali lagi mengingatkan agar komuniti yang memandang serong terhadap vaksin COVID-19 untuk mendapatkan vaksin berkenaan dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan dan sesi ramah mesra bersama rakyat di sini, semalam.

Christina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkata beliau berpuas hati dengan tahap kebersihan pasar berkenaan yang diurus baik oleh para pengusaha makanan dan minuman kawasan itu.
 

  • oleh
  • Advertisement