Anda di sini

Penantian tujuh tahun berakhir

Advertisement
 Jack dan Ting menunjukkan sijil kewarganegaraan daripada JPN disaksikan Chin (kanan) dan ahli keluarga di pejabat SUPP Piasau semalam.
SYUKUR: Jack dan Ting menunjukkan sijil kewarganegaraan daripada JPN disaksikan Chin (kanan) dan ahli keluarga di pejabat SUPP Piasau semalam.

MIRI: Seorang ayah gembira setelah anak sulungnya diiktiraf sebagai warganegara Malaysia.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan. Saya telah menunggu selama tujuh tahun untuk ini,” jelas Chin Shin Chow.

Pada jam 11 pagi semalam, Chin, 36, pergi ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) di sini untuk mendapatkan sijil kewarganegaraan anaknya, Jack Chin Jin Jie.

Chin yang bekerja sebagai tukang masak merupakan warga tempatan yang telah berkahwin dengan warga Indonesia.

Isu timbul apabila Chin lambat mendaftarkan perkahwinannya.

Jack, 7, murid SJK (C) Chee Mung Batu Niah merupakan anak sulung daripada dua beradik.

Kegembiraan turut dikongsi bersama dengan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting di pejabat SUPP Piasau.

Ting yang juga ADUN Piasau berkata, Chin telah menemui beliau pada 2017 untuk membantu menguruskan hal tersebut.

Menurutnya, beliau telah menghantar surat sokongan pada 2017 dan 2018 serta e-mel pada 2020 untuk tindakan susulan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya.

“Akhirnya permohonan diluluskan pada 2 Disember lalu. Chin diminta untuk mendapatkan sijil di Kuala Lumpur tetapi kerana pandemik, saya memohon agar sijil dihantar ke Miri,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ting berterima kasih kepada kerajaan pusat dan gembira Jack akhirnya mendapat status rakyat negara ini.

  • oleh
  • Advertisement