Anda di sini

Nelayan ditahan tangkap ikan menggunakan bom.

Advertisement
 Nelayan ditahan terlibat aktiviti bom ikan
SUSPEK : Nelayan ditahan terlibat aktiviti bom ikan

SEMPORNA : Seorang nelayan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan menangkap ikan menggunakan bom, di kawasan laut Kampung Tongkaloh, di sini

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna, DSP Mohammad Ismail berkata pihaknya mengesan sebuah perahu dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

“Anggota penguatkuasa bertindak memeriksa perahu berkenaan dan mendapati terdapat seorang juragan berumur 27 tahun sedang menangkap ikan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas perahu berkenaan menjumpai dua batang detonator dan sekotak mancis yang disembunyikan di dalam satu balang lutsinar dipercayai digunakan untuk kegiatan bom ikan,”katanya dalam kenyataan media, di sini semalam

Beliau berkata, suspek dan peralatan bom ikan itu dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya.

“Jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM10,715 dan kes akan disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957 seksyen 8,”katanya

Katanya, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat terutamanya daripada komuniti maritim berkaitan aktiviti yang melanggar undang-undang di negeri ini.

“Sebarang aduan boleh disalurkan secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0132831197,”katanya

  • oleh
  • Advertisement