Anda di sini

Menara Nanga Serau didakwa tidak berfungsi hampir setahun

Advertisement
 Menara telekomunikasi Nanga Serau, Katibas di Song yang didakwa tidak berfungsi hampir setahun.
SEKADAR HIASAN: Menara telekomunikasi Nanga Serau, Katibas di Song yang didakwa tidak berfungsi hampir setahun.

SIBU: Menara telekomunikasi yang terletak di Nanga Serau, Katibas di Song didakwa tidak berfungsi hampir setahun.

Pengerusi Tetap Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) Munan Laja mendakwa, sejak dibina beberapa tahun lalu menara tersebut kurang berkesan liputannya dan sekarang ia tidak berfungsi sepenuhnya.

“Selama hampir satu tahun sudah dan tidak ada pihak yang datang untuk memperbaikinya.

“Apa sebenarnya masalah menara itu, kami tidak tahu,” ujarnya dalam satu kenyataannya, semalam.

Menurut Munan lagi, rumah panjangnya hanya terletak 500 meter dari menara terbabit.

Beliau berkata, dengan mempunyai kemudahan tersebut mereka akan mendapat liputan serta berhubung, namun sebaliknya tidak dapat digunakan untuk membuat panggilan.

Penduduk terpencil di daerah Song ini tegasnya, sangat memerlukan telefon untuk akses komunikasi dan Internet tetapi menara tersebut langsung tidak dapat digunakan.

“Saya menggesa pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini dengan segera. Tiada gunanya mempunyai menara tetapi tidak berfungsi,” tambahnya.

  • oleh
  • Advertisement