Anda di sini

Jumlah mangsa banjir meningkat

Advertisement
 Penduduk kampung yang terjejas banjir ditempatkan di PPS.
PPS: Penduduk kampung yang terjejas banjir ditempatkan di PPS.

BEAUFORT: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 72 orang membabitkan 17 keluarga di daerah ini dan Tenom.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, setakat jam 4 petang ini, seramai 46 mangsa banjir dari 12 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di sini.

Seramai 26 orang dari lima keluarga dipindahkan ke PPS Rumah Kebudayaan Kalang Kanar Tenom.

Sebanyak 56 kampung di kedua-dua daerah masih terjejas banjir termasuk 45 kampung di Beaufort dan 11 kampung di Tenom.

Bacaan paras air Sungai Padas masih pada tahap bahaya dan bacaan paras air di Tenom berada pada tahap amaran.
 

  • oleh
  • Advertisement