Anda di sini

Enam maut Siklon Tauktae badai India

Advertisement
 Gambar serahan oleh Pasukan Respons Bencana Antarabangsa (NDRF) menunjukkan kakitangan NDRF bertungkus lumus mengalihkan pokok tumbang di atas jalan raya selepas dibadai Siklon Tauktae di Margao, Goa, kelmarin. — Gambar AFP
KERJA MEMBERSIH: Gambar serahan oleh Pasukan Respons Bencana Antarabangsa (NDRF) menunjukkan kakitangan NDRF bertungkus lumus mengalihkan pokok tumbang di atas jalan raya selepas dibadai Siklon Tauktae di Margao, Goa, kelmarin. — Gambar AFP

AHMEDABAD: Sekurang-kurangnya enam orang telah terkorban dalam kejadian hujan lebat dan angin ketika India yang dilanda virus berdepan dengan satu siklon yang sangat kuat, menurut pihak berkuasa kelmarin, dengan lebih daripada 150,000 orang penduduk terpaksa dipindahkan dari rumah mereka.

Siklon Tauktae – ribut tropika besar utama di India pada musim ini - sedang bergerak ke utara sejajar dengan pantai barat di negara ini, membawa hujan lebat, ribut petir dan angin kuat ke beberapa buah negeri, menurut jabatan meteorologi.

Ia dijangkakan akan muncul di pantai Gujarat pada awal Selasa, membawa kelajuan angin kira-kira 155-165 kilometer sejam (96-102 batu sejam) bertiup sehingga 185 kilometer sejam, tambah biro cuaca.

Ribuan kakitangan respons bencana telah dikerahkan ke beberapa buah negeri, sementara beberapa unit daripada pengawal pantai, tentera laut, tentera darat dan tentera udara telah ditempatkan untuk bersedia, menurut Menteri Dalam Negeri Amit Shah dalam satu kenyataan.

Empat orang telah kehilangan nyawa mereka pada Sabtu lepas ketika hujan lebat dan angin melanda wilayah Karnataka, pihak berkuasa pengurusan bencana berkata kelmarin.

Beberapa buah pekan dan kampung telah mengalami banjir dan kemusnahan harta benda, tambah pihak berkuasa.

Dua orang meninggal dunia di daerah pusat peranginan Goa, Ketua Menteri Pramod Sawant berkata kelmarin, sambil menambah bahawa bekalan elektrik telah terjejas sementara kira-kira 200 buah rumah mengalami kerosakan, jalan raya tersekat dan pokok-pokok tumbang.

Dua orang lagi dilaporkan meninggal dunia dan 23 orang nelayan telah dikhuatiri hilang di

Kerala, kata media tempatan.

Lebih daripada 150,000 orang dijangka akan dipindahkan dari daerah pantai di Gujarat, di mana pemberian vaksin COVID-19 sedang dijalankan ditangguhkan semalam dan hari ini, kata pihak kerajaan negeri.

Jabatan meteorologi telah memberikan amaran mengenai peningkatan ribut sehingga ketinggian tiga meter di beberapa buah daerah pantai Gujarat.

Beberapa buah hospital mempunyai pesakit COVID-19 di daerah yang terjejas turut menyediakan persediaan sokongan bagi bekalan elektrik mereka, pegawai pembangunan daerah tempatan Varunkumar Baranwal memberitahu AFP.

Bekalan oksigen dan elektrik ke hospital di wilayah tidak akan terganggu, menurut Maharashtra, sementara beratus-ratus pesakit virus akan dipindahkan dari hospital lapangan.

India yang telah berdepan dengan satu gelombang jangkitan berbahaya yang mendesak sistem penjagaan kesihatannya berada dalam kebuntuan, menuju kepada kekurangan teruk katil hospital, oksigen dan ubat-ubatan.

Negara besar mempunyai 1.3 bilion penduduk melaporkan lebih 311,170 jangkitan baharu kelmarin, menjadikan angka keseluruhan menghampiri 24.7 juta.

Angka kematian meningkat kepada lebih 270,000 selepas 4,077 kematian direkodkan secara rasmi sepanjang tempoh 24 jam lepas. Beberapa orang pakar menyatakan angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi.

Pada Mei lepas, lebih 110 orang meninggal dunia selepas ‘siklon kuat’ Amphan melanda bahagian timur India dan Bangladesh, memusnahkan kampung-kampung, ladang-ladang dan menyebabkan jutaan orang mengalami ketiadaan bekalan elektrik. — AFP

Advertisement