Anda di sini

COVID-19: 512 kes baharu, lima lagi kematian di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak merekodkan 512 kes baharu COVID-19 hari ini dengan Daerah Miri tertinggi iaitu 96 kes.

Daerah Bintulu mencatatkan 91 kes, Sibu (69), Kapit (51), Kuching (46), Betong (35), Bukit Mabong (20), Sri Aman (18), Selangau (18), Samarahan (10), Pusa (9), Sarikei (8), Subis (6), Belaga (6), Tanjung Manis (4), Beluru (3), Song (3), Tatau (3), Kanowit (3), Lawas (2), Serian (2), Pakan (2), Daro (1), Meradong (1), Asajaya (1), Saratok (1), Tebedu (1), Mukah (1) dan Sebauh (1). 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan memaklumkan perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan 39,328 kes COVID-19.

Lima lagi kes kematian dicatatkan pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 230 orang.

Kematian ke-226 melibatkan seorang wanita berumur 51 tahun yang telah ditempatkan di pusat kuarantin kerana merupakan kontak rapat kepada kes positif dan kes 
dijumpai tidak sedarkan diri dan dirujuk terus ke Hospital Sibu untuk rawatan selanjutnya dan kes disahkan meninggal dunia pada 13 Mei. 

Kes seterusnya melibatkan seorang lelaki berumur 64 tahun yang mendapatkan rawatan di Hospital Kapit kerana mengalami sesak nafas dan keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 15 Mei.

Bagi kematian ke-228 pula, ia melibatkan seorang lelaki berusia 73 tahun yang mendapatkan rawatan di Hospital Kapit kerana mengalami sesak nafas dan batuk. Dia disahkan meninggal dunia pada 16 Mei.

Kematian seterusnya melibatkan wanita berusia 73 tahun yang mendapatkan rawatan di Hospital Kapit kerana mengalami sesak nafas dan batuk dan disahkan meninggal dunia pada 16 Mei.

Kes kematian ke-230 melibatkan wanita berusia 71 tahun yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Daerah Sibu apabila ujian calitan diambil pada 3 Mei adalah positif. 

Dia demam dan selesema, kemudian dirujuk terus ke Hospital Sibu kerana lemah dan mengalami gejala muntah dan cirit-birit dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mei.

  • oleh
  • Advertisement