Anda di sini

Binas kutuk tindakan ganas Israel terhadap Gaza

Advertisement
MAZHRY NASIR
MAZHRY NASIR

KOTA BELUD: Pertubuhan Bina Insan Sabah (BINAS) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ke atas serangan di Gaza yang dianggap paling zalim dan tidak berperikemanusiaan.

“Tindakan Israel itu tidak boleh dimaafkan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu digesa mengenakan sekatan antarabangsa  terhadap negara itu,” kata Presidennya Mazhry Nasir.

Beliau juga menggesa agar semua pihak tanpa mengira kaum dan agama agar bersama-sama mengenakan sekatan dan memberi tekanan terhadap Israel agar menghentikan tindakan mereka yang brutal terhadap rakyat Palestin.

Mazhry juga meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memainkan peranan lebih aktif dalam mengembeling usaha mengembalikan kedamaian di Gaza.

“Serangan terhadap Gaza bukan saja serangan kepada Palestin tetapi serangan kepada kemanusiaan sejagat,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement