Anda di sini

Bantu kerajaan tangani COVID-19 keutamaan Jason sebagai pemanca

Advertisement
 Wong (dua kanan) menyampaikan surat pelantikan sebagai pemanca kepada Jason dan disaksikan oleh Dr Annuar (tiga kanan), Vincent (kiri) dan Robert (kanan).
TAHNIAH: Wong (dua kanan) menyampaikan surat pelantikan sebagai pemanca kepada Jason dan disaksikan oleh Dr Annuar (tiga kanan), Vincent (kiri) dan Robert (kanan).

SIBU: Membantu kerajaan negeri menangani penularan pandemik COVID-19 antara agenda utama Datuk Jason Tai sejurus dilantik sebagai pemanca yang baharu bagi masyarakat Cina, di sini.

“Keutamaan saya adalah untuk membantu kerajaan membendung penularan wabak COVID-19.

“Saya menganggap pelantikan ini sebagai pendekatan serampang dua mata. Pertama adalah meminta orang ramai mematuhi SOP dan kedua adalah mengajak mereka mendapatkan vaksin,” kata Jason, 58, yang juga Pengarah Urusan Pansar Berhad.

Jason berkata demikian selepas menerima surat pelantikan daripada Pemangku Residen Sibu Wong Hee Sieng di Pejabat Residen di sini, semalam.

Majlis penyerahan surat pelantikan tersebut turut disaksikan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapa’ee dan Temenggung Dato Vincent Lau serta Senator Robert Lau.

Jason berkata, beliau juga akan sentiasa turun padang untuk mendekati dan memahami kehendak masyarakat dengan jelas.

“Bagi penglibatan bersama masyarakat, saya akan bekerjasama dengan Temenggung Dato (Vincent Lau) untuk membuat program tertentu bersama komuniti di sini yang bukan hanya di kalangan masyarakat Cina tetapi semua kaum di Sibu.

“Dan juga bekerjasama dengan penghulu dan kapitan sertayang lain,” beliau.

Jason mengambil alih jawatan pemanca daripada Datuk Wong Kie Yik.

Pelantikan Jason berkuat kuasa dari 2021 hingga 2024.

Terdahulu, Dr Annuar mengucapkan tahniah kepada Jason atas pelantikannya sebagai pemanca baharu bagi masyarakat Cina di Sibu.

Beliau juga meminta para pemimpin masyarakat di sini supaya mengesan anak buah dan mendorong mereka untuk mendapatkan vaksin.

Advertisement