Anda di sini

11 lagi kawasan dikenakan PKPD di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini memutuskan 11 lagi kawasan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut JPBNS, daripada 11 kawasan berkenaan, tujuh daripadanya melibatkan rumah panjang sementara satu melibatkan kuarters pekerja, dua flat kediaman dan sebuah kampung.

Antaranya rumah panjang (Rh) Ado Bilong, Sungai Kakus, Tatau bermula 15 hingga 28 Mei 2021; Rh Roselind Sanggau Ragai, Sungai Lanying, Gerong, Jalan Spur Ulu Sebauh, Sebauh (17 hingga 31 Mei 2021); Rh Ason Kendawang, Bukit Sekubong, Sebauh (17 hingga 31 Mei 2021) dan Rh. Anau, Entebu, Krian, Betong (18 hingga 31 Mei 2021).

"PKPD turut dilaksanakan di Rh Daniel, Kawit Bunsi, Krian, Betong (18 hingga 31 Mei 2021); Rh Bantan, Sg Langit, Betong (19 Mei hingga 1 Jun 2021) dan Rh Empaling, Jelang, Spak, Betong (19 Mei hingga 1 Jun 2021).

"Manakala empat kawasan yang diarahkan PKPD adalah di Blok C dan D, Kuarters Pekerja Shin Yang, Kemena Industrial Estate bermula 15 hingga 28 Mei 2021; Blok O Flat Sungai Plan, Bintulu (15 hingga 28 Mei 2021); Blok F dan O PPR Bandaria Park, Bintulu (16 hingga 29 Mei 2021) dan Kampung Hulu, Spaoh, Betong (19 Mei hingga 1 Jun 2021)," menurut JPBNS, hari ini.

Jawatankuasa turut memaklumkan penamatan PKPD di 10 kawasan iaitu dua daripada ditamatkan semalam (17 Mei) dan lapan ditamatkan pada hari ini.

Antara yang ditamatkan PKPD semalam, rumah Sewa Kenneth, Batu 10, Kampung Penan Muslim, Bintulu dan LL2 & LL5, Local Lodge, Samalaju Industrial Park, Bintulu.

Sementara Rh Micheal, Jambatan Merah, Bintangor, Meradong; Rh Johnson, Sg Rian, Bintangor, Meradong; Rh Miran, Sg Buluh, Bintangor, Meradong; Rh Japam, Sg Lemayong, Bintangor, Meradong, Kampung Bungey, Debak, Betong; Kampung Tanjung, Hulu; Kampung Melango Lama, Saratok dan Rh Gana Kemantan Ulu Ribong, Sarikei kesemuannya ditamatkan tempoh PKPD hari ini.

Mengenai laporan notis kompaun, JPBNS berkata hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan 14 kompaun iaitu 12 di Kuching dan dua di Bintulu.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 6,568 kompaun.

"Manakala, pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan 21 kompaun, menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 556 kompaun."

  • oleh
  • Advertisement