Anda di sini

11 individu dipanggil bantu siasatan langgar SOP ziarah Aidilfitri di Kota Samarahan

Advertisement
 

KOTA SAMARAHAN: Seramai 11 individu dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan untuk membantu siasatan berhubung kes melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan ziarah Hari Raya Aidilfitri 2021.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram (gambar) berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya akan dilengkapkan dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, kertas siasatan seterusnya dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Seramai 11 individu dipanggil untuk membantu siasatan dan kertas siasatan akan kita serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat ini.

"Tindakan kompaun akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat setelah mendapat persetujuan daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksysn 233A Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Sudirman memberitahu, kejadian dilaporkan berlaku pada 15 Mei, di mana pengadu melihat beberapa gambar ziarah Hari Raya Aidilfitri dengan memaparkan beberapa individu tidak memakai pelitup muka serta tiada penjarakan fizikal, dimuat naik di Facebook.

"Gambar-gambar yang dimuat naik adalah aktiviti ziarah Hari Raya Aidilfitri iaitu gambar hari kedua dan ketiga menyebabkan pengadu terus melaporkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sebelum ini menetapkan SOP PKPB ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan pada 1 Syawal dan dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

  • oleh
  • Advertisement