Anda di sini

Solat hajat untuk Palestin dan lindungi daripada COVID-19

Advertisement
 

KUCHING: Masjid dan surau di Sarawak disaran agar menunaikan solat hajat untuk Palestin dan perlindungan daripada COVID-19 selepas Maghrib malam ini (17 Mei).

Majlis Islam Sarawak menerusi kenyataan turut menyarankan umat Islam boleh menunaikan solat hajat di rumah masing-masing.

"Majlis Islam Sarawak menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru umat Islam di Malaysia menunaikan solat hajat bagi mendoakan umat Islam di Palestin.

"Majlis Islam Sarawak juga memandang serius perkembangan terkini COVID-19 di Sarawak," jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteru (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata solat hajat itu akan diadakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal satu meter, pendaftaran jemaah selain digalakkan membawa sejadah sendiri.

“Setiap prosedur operasi standard (SOP)  berkaitan perlu dipatuhi semasa menjalankan solat hajat ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

  • oleh
  • Advertisement