Anda di sini

Ruddy nafi sokong WARISAN bentuk kerajaan

Advertisement
RUDDY
RUDDY

PITAS:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas Datuk Seri Ruddy Awah menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN) untuk membentuk kerajaan.

Katanya, tularnya mesej memaparkan nama beliau dan beberapa pemimpin lain dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa menyokong WARISAN bentuk kerajaan negeri adalah tidak benar.

“Saya menafikan dakwaan dalam mesej tersebut yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana ia adalah fitnah semata-mata," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau menegaskan bahawa akan menyokong penuh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ruddy menggesa orang ramai agar menghentikan penyebaran mesej berkenaan dan perlu menyiasat terdahulu kesahihan maklumat yang tular berkenaan.
 

  • oleh
  • Advertisement