Anda di sini

Pemandu teksi tak mengaku jadi bapa ayam

Advertisement
 

KUCHING: Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan terlibat dalam kegiatan pelacuran. 

Tertuduh, Lim Sheaw Kee, 50, didakwa menyara hidupnya menggunakan wang hasil persundalan seorang wanita warga Indonesia berusia 25 tahun. 

Kesalahan itu didakwa dilakukannya sekitar jam 2.45 petang pada 2 Mei lalu di sebuah hotel di Jalan Song Thian Cheok, di sini.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan. 

Sebaik pengakuan tidak bersalah direkodkan, Hakim Maris Agan membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 berserta seorang penjamin tempatan. 

Mahkamah juga menetapkan kes disebut semula pada 10 Jun depan untuk pengurusan kes. 

Tertuduh juga diingatkan mahkamah untuk mendapatkan khidmat peguam semasa atau sebelum sebutan kes berikutnya. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ruthra Raj. 

  • oleh
  • Advertisement