Anda di sini

Kerjasama PBS, WARISAN hanya satu propaganda pihak tertentu

Advertisement
 Hajiji (tiga kiri) melawat lokasi kebakaran di Kg Meruntum, turut kelihatan ialahMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraaan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya (empat kiri) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat.
PRIHATIN: Hajiji (tiga kiri) melawat lokasi kebakaran di Kg Meruntum, turut kelihatan ialahMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraaan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya (empat kiri) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat.

PUTATAN: Isu kerjasama politik diantara Parti Bersatu Sabah (PBS) bersama Parti Warisan Sabah (WARISAN) hanya satu propaganda yang dimainkan oleh pihak tertentu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, propaganda itu mungkin mempunyai niat untuk mengelirukan rakyat atau mencuba sesuatu yang boleh merosakan perpaduan dalam komponan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Kerajaan GRS sangat stabil dan diberikan mandat oleh rakyat, oleh itu kita memberikan fokus kepada membangunkan Sabah.

"Saya tidaklah menumpukan perhatian kepada isu seperti ini. Setiausaha Agung PBS pun sudah nafikan perkara itu," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran Kg Meruntum di sini, hari ini.

Beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengan isu-isu seumpamanya. Kerajaan hari ini akan bangunkan negeri dan menumpukan usaha atau kerja-kerja yang diharapkan rakyat.

Sementara itu, Hajiji memberikan jaminan bahawa mangsa kebakaran Kg Meruntum boleh mendirikan semula rumah mereka dikawasan rumah sebelum ini.

"Kerajaan membenarkan mereka untuk mendirikan semula rumah dikawasan terbakar itu, tanah itu adalah milik kerajaan dan kita benarkan.

"Kita akan memastikan kerja-kerja mendirikan rumah itu akan dipantau dan hanya mangsa kebakaran sahaja dibenarkan mendirikan rumah di kawasan berkenaan," katanya.

Hajiji jamin bahawa bantuan akan terus diberikan oleh jabatan-jabatan berkaitan untuk meringankan beban semua mangsa kebakaran.
 

  • oleh
  • Advertisement