Anda di sini

Juventus sasar layak ke Liga Juara-Juara

Advertisement
 Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Juventus dan Inter Milan di Stadium Juventus di Turin. — Gambar AFP
PERTEMUAN HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Juventus dan Inter Milan di Stadium Juventus di Turin. — Gambar AFP

MILAN: Juan Cuadrado menjaringkan dua gol, termasuk satu penalti lewat ketika Juventus menewaskan Inter Milan 3-2 untuk mengekalkan impian layak ke Liga Juara-Juara pada perlawanan di mana kedua-dua pasukan menamatkan permainan dengan 10 pemain pada Sabtu.

Juventus naik ke tangga keempat liga, berkongsi mata dengan pasukan di tangga ketiga, AC Milan dan dua mata di hadapan Napoli, dengan kedua-dua pasukan ini bermain lewat.

Kemenangan menamatkan 20 perlawanan tanpa kalah Inter, yang menafikan kejuaraan liga yang ke-10 berturut-turut buat Juventus.

Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan satu tendangan penalti minit ke-24 tetapi menolak bola muntah untuk menambah koleksi gol terbanyak liga kepada 29 musim ini.

Tetapi Inter mengikat kedudukan sembilan minit kemudian dari satu penalti Romelu Lukaku.

Juventus kembali di hadapan sekali lagi sebelum rehat apabila Cuadrado menjaringkan gol peribadi pertamanya dengan  menewaskan penjaga gol Samir Handanovic.

Juventus bermain hampir sepanjang separuh masa kedua dengan 10 pemain selepas Rodrigo Bentancur dibuang padang selepas  menerima kad kuning kedua perlawanan ekoran terjahan keras ke atas Lukaku.

Kapten Juventus, Giorgio Chiellini, tertolak bola ke pintu gol sendiri ketika berbaki tujuh minit permainan  untuk membolehkan Inter mengikat kedudukan 2-2 sebelum Juventus memperolehi tendangan penalti apabila Ivan Perisic mengasari Cuadrado, yang kemudian menyempurnakan gol kemenangan.

Inter juga menamatkan permainan dengan 10 pemain apabila Marcelo Brozovic dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit kecederaan.

Pada perlawanan lain, Atalanta mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut apabila menewaskan Genoa 4-3.

Atalanta kekal di tangga kedua, tiga mata di hadapan AC Milan dan Juventus dan dijamin akan layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan sebelum dua pasukan itu bertemu minggu hadapan.

Atalanta menamatkan saingan dengan tiga gol dalam separuh masa pertama.

Ruslan Malinovskyi mengumpan bola kepada Duvan Zapata untuk gol pembukaan dan kemudian menjaringkan gol kedua sebelum Robin Gosens menjaringkan gol ketiga sebelum rehat.

Mario Pasalic menjaringkan gol keempat, enam minit selepas rehat sebelum Genoa bangkit dengan dua gol Eldor Shomurodov, di antara gol Goran Pandev.

“Bagi kami, kembali sekali lagi ke Liga Juara-Juara musim ini adalah lebih menarik,” kata jurulatih Atalanya, Gian Piero Gasperini, yang membawa Atalanta ke bola sepak elit kelab Eropah buat kali pertama pada musim 2019/2020.

“Tiga kali dalam Liga Juara-Juara adalah satu pencapaian hebat. Trofi kejuaraan pastinya lebih manis tetapi kami yakin kami sudah menang banyak.”

Atalanta akan memburu kejuaraan kedua dalam sejarah kelab apabila bertemu dengan Juventus di final Piala Itali Rabu ini.

Mereka memenangi Piala Itali kali terakhir pada 1963.

Walaupun jika Milan, yang bermain lewat menentang Cagliari dan menang dua perlawanan terakhir, Atalanta sudah dijamin akan menamatkan musim di empat tangga teratas liga. — AFP

Advertisement