Anda di sini

Guandee giat usahakan peruntukan selenggara sungai

Advertisement
 Guandee (kanan) berbincang bersama Jonas (kiri) semasa perjumpaan itu.
BINCANG: Guandee (kanan) berbincang bersama Jonas (kiri) semasa perjumpaan itu.

KUALA PENYU: Beberapa batang sungai di daerah ini yang mengalami hakisan dijangka dapat diselenggarakan sebaik sahaja kerajaan mampu menyediakan peruntukan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Senator Datuk Guandee Kohoi berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan dari kementerian berkenaan agar sungai di daerah ini dapat diselenggara dan dipulihkan.

Katanya, banyak sungai di daerah ini mengalami hakisan dan memerlukan pemulihan bagi membolehkan ia berfungsi seperti biasa untuk manfaat manusia dan alam.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perbincangan dengan Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Kuala Penyu Jonas Sunggim di sini baru-baru ini.

Pada perjumpaan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai perancangan pembangunan lain yang boleh dilaksanakan di Kuala Penyu.

"Kita akan cuba mendapatkan peruntukan penyelenggaraan sungai di daerah ini agar ia dapat direalisasikan untuk faedah rakyat," katanya.

Guandee yang juga Setiausaha Agung STAR dijangka mengadakan program di Kuala Penyu dengan kerjasama pejabat daerah termasuk mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua jabatan yang berkaitan.
 

  • oleh
  • Advertisement