Anda di sini

Empat hilang tempat berteduh, rumah musnah terbakar di Mukah

Advertisement
Api marak memusnahkan kediaman dua tingkat, hari ini. - Gambar ihsan bomba

MUKAH: Empat penghuni termasuk seorang kanak-kanak tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka ranap dalam kebakaran di Kampung Matadeng, Jalan Mukah-Balingian di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, sehingga kini kerja-kerja mengawal dan memadam sepenuhnya kebakaran rumah dua tingkat itu sedang giat dilakukan.

"Panggilan kecemasan berhubung insiden kebakaran tersebut diterima sekitar jam 9.30 pagi.

"Sebuah jentera pemadam api dan sebuah kenderaan pacuan dengan kekuatan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mukah yang diketuai PBK II Azman Hamid dikejarkan ke lokasi kejadian," ujarnya dalam satu kenyataan.

Ketika tiba di lokasi, rumah kediaman tersebut telah terbakar sepenuhnya.

Namun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement