Anda di sini

Dua kluster dan 60 kes baharu COVID-19

Advertisement

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan dua kluster baharu COVID-19 dan 60 kes baharu semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Sungai Langgas Kunak dan Kluster Jalan Imam Jalilul Tawau masing-masing mencatatkan 19 dan 11 kes.

"Tawau mencatatkan kes tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 22 kes, Kota Kinabalu (8 kes), Semporna (8 kes), Penampang (7 kes), Lahad Datu (4 kes), Papar (4 kes) dan Kunak (3 kes).

"Daerah Tuaran, Putatan, Tenom dan Keningau pula masing-masing mencatatkan satu kes," katanya pada aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.

Beliau berkata, daerah seperti Beluran, Telupid, Sandakan, Kalabakan, Tongod, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Nabawan, Tambunan dan Kinabatangan pula tidak mencatatkan sebarang kes.
 

  • oleh
  • Advertisement