Anda di sini

Dua kampung di Bintulu terima sumbangan sempena Aidilfitri

Advertisement
 Johnny (tiga kanan) bersama ahli SUPP serta wakil syarikat menyerahkan sumbangan kepada wakil ketua kaum Kampung Jabai dan Masjid Darul Islam Kampung Jabai, Bintulu.
SUMBANGAN: Johnny (tiga kanan) bersama ahli SUPP serta wakil syarikat menyerahkan sumbangan kepada wakil ketua kaum Kampung Jabai dan Masjid Darul Islam Kampung Jabai, Bintulu.

BINTULU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintulu dan Tong Seng Huat (Bintulu) menyumbang bakul makanan kepada dua kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu di sini.

Sumbangan bakul makanan itu diserahkan oleh Pengerusi SUPP Bintulu, Johnny Pang dan wakil syarikat terbabit kepada wakil Kampung Jabai dan Kampung Assyakirin Fasa 1 di sini.

Johnny berkata, sebanyak 105 keluarga kampung itu menerima sumbangan merangkumi 29 keluarga dari Kampung Jabai termasuk Masjid Darul Islam Kampung Jabai dan 76 keluarga dari Kampung Assyakirin Fasa 1.

“Kita berharap sumbangan ini dapat meringankan beban dan menceriakan penerima menyambut Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya.

Sumbangan Kampung Assyakirin Fasa 1 diterima oleh Ketua Kaum, Pengiran Hamdan Pengiran Kerta dan Kampung Jabai serta Masjid Darul Islam diterima wakil ketua kaumnya.

Advertisement