Anda di sini

Djokovic, Nadal bertemu di final

Advertisement
 Djokovic (kanan) bersua dengan Sonego selepas tamat perlawanan semifinal di antara mereka berdua. — Gambar AFP
HORMAT: Djokovic (kanan) bersua dengan Sonego selepas tamat perlawanan semifinal di antara mereka berdua. — Gambar AFP

ROM: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, dipaksa berhempas-pulas sebelum menewaskan Lorenzo Sonego dari Itali untuk menempah pertemuan di final menentang juara sembilan kali, Rafael Nadal buat kali keenam di final Terbuka Itali pada Sabtu.

Djokovic, yang juga juara bertahan kejohanan, menang 6-3, 6-7( 5/7) dan 6-4 dalam masa dua jam dan 44 minit menentang pemain tuan rumah yang berada pada ranking ke-33 dunia selepas Nadal, pilihan kedua kejohanan, tidak menghadapi masalah mengenepikan cabaran pemain Amerika Syarikat (AS), Reilly Opelka 6-4 dan 6-4 pada perlawanan separuh akhir pertama.

Djokovic terselamat pertarungan tiga set menentang Stefanos Tsitsipas pada perlawanan suku akhir tertangguh sebelum itu.

Juara lima kali kejohanan itu ketinggalan 6-4 dan 2-1 apabila perlawanan dihentikan menjelang tengah malam.

Tetapi beliau bangkit untuk menang 4-6, 7-5  dan 7-5.

Djokovic dan Nadal, yang akan bertemu buat kali ke-57, kali terakhir bertemu di final Terbuka Perancis tahun lepas, dengan Nadal muncul juara kejohanan Grand Slam itu.

Kedua-dua pemain sudah memenangi 14 dari 16 kejuaraan di Rom di antara mereka dengan Nadal mengetuai pertemuan di final dengan rekod 3-2.

Djokovic mempunyai dua mata akhir pada permainan ke-12 set kedua pada perlawanan separuh masa kedua tetapi Sonego bangkit untuk membawa permainan ke set ketiga di Foro Italico.

Djokovic menyelamat tiga mata pendahuluan sebelum tidak menoleh ke belakang untuk menempah tiket ke final di sini buat kali ke-11 dalam kerjayanya.

“Saya fikir saya bangkit dengan sangat baik selepas set kedua, mungkin jika beliau berjaya mendahului kedudukan, keputusannya mungkin berbeza,” kata Djokovic.

Nadal memburu untuk menyamai rekod Djokovic memenangi 36 kejuaraan peringkat Siri Master dengan memenangi kejohanan di sini. — AFP

Advertisement